Petaling Jaya: Seorang guru berusia 22 tahun pula tampil membuat laporan hari
ini mendakwa menjadi mangsa rogol pendakwah selebriti yang ditahan polis di
Shah Alam minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal
berkata, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Damansara ke atas
suspek.
"Setakat ini di Petaling Jaya kita menerima dua laporan membabitkan cabul dan
rogol oleh individu terbabit.
"Maklumat lanjut berkaitan kejadian itu akan dimaklumkan nanti," katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Portal Harian Metro hari ini melaporkan pendakwah selebriti yang ditahan polis
berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu,
ditahan sekali lagi oleh polis daerah ini atas kes cabul seorang lagi gadis
berasingan.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 22
tahun pada jam 3.51 petang kelmarin, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun
yang juga pendakwah selebriti.
Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan
kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.
Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi
keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa
diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami
pada September tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pendakwah muda rogol kenalan instagram
Join our Telegram Channel