Sejak dari semalam, kecoh di media sosial apabila dikatakan hubungan selebriti
popular yang juga merupakan seorang usahawan berjaya, Neelofa dan PU Riz
bermasalah.
Ini dikuatkan lagi apabila ibu dan adik beradik Neelofa sudah unfollow PU Riz
di laman sosial ig.
Lebih menghangatkan lagi keadaan apabila kesemua ahli keluarga Neelofa dilihat
memuat naik status di ig story masing-masing dengan status yang hampir sama
seperti memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Gambar-gambar ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lepas
juga sudah dipadam oleh Datin Noor Kartini.
Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen menyifatkan ikatan pertunangan
Neelofa dan PU Riz sudah terputus, namun sehingga saat ini kedua-dua belah
pihak masih belum tampil mengesahkan perkara tersebut.
Seorang pengguna twitter memanaskan lagi keadaan apabila paparan skrin
mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sebenarnya sudah pun berkahwin, pasangan
tersebut dikatakan telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu
di Kelantan.
Individu di dalam whatsapp itu juga mendakwa kononnya Neelofa kini sedang
menjalani rawatan alternatif kerana sudah terkena ilmu pengasih.
Di ruangan komen, netizen dilihat memberikan komen dan pendapat masing-masing,
komen dari pengguna facebook yang menggunakan nama Amirah Noraa berkata, "kena
dgr 2 2 pihak ..Jgn pulak dgr 1 pihak..Whatsapp tersebar pun belum tentu
betul..maaf la sy ckp..sepatutnya adik beradik duduk bincang secara
personal..Jdi kan pengajaran nabila dlu mcmane..bila ada masalah semua adik
beradik duk up perli dalam ig..dulu sharnaz ahmad..semua hentam perli dalam ig
termasuk neelofa..Jdi lebih baik duduk bincang sesama keluarga..biar dh up dlm
ig perkara jdi besar."
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saya sudah lama tak cukur, cabut kening – Neelofa
- Neelofa sah dirisik PU Riz, tular gambar keluarga bergambar tanpa penjarakan sosial
- Neelofa suka lelaki berjanggut
- KECOH: Neelofa, PU Riz putus tunang?
- KECOH: Neelofa kena minyak pengasih PU Riz, nikah senyap-senyap, transfer RM100, habis berjuta?
- Neelofa buka mulut isu nikah di Kelantan, minyak pengasih, transfer RM100k ke PU Riz
- Neelofa tak lagi pakai cincin tunang
- Neelofa cari penyebar WhatsApp dakwa nikah, kena ubat pengasih, transfer RM100k
Join our Telegram Channel