Sudah menjadi adat pertunangan, pasti ada bermacam-macam ujian dan halangan
melanda sebelum pasangan sehati sejiwa disatukan dalam satu ikatan perkahwinan
yang sah.
Begitulah juga seperti warganet yang kecoh di media sosial berkenaan hubungan
antara pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU
Riz.
Baru-baru ini, akaun Instagram peminat pasangan tersebut
@neelofaharrisofficial ada memuat naik satu posting dan menerima komen
daripada seorang pengguna bernama @pidzyy.
Individu tersebut seakan-akan memberi ‘bayangan’ dan mendakwa bahawa hubungan
pasangan berkenaan sedang ‘bergelora’ akibat campur tangan ahli keluarga serta
sahabat.
Beri masa untuk mereka selesaikan
Diboikot dan saling ‘unfollow’ satu keluarga?
Haris tak sesuai buat keluarga Neelofa?
Menurut individu itu, ahli keluarga dan sahabat handai tidak perlu sibuk dalam
urusan hubungan seseorang tetapi berikan masa untuk mereka menyelesaikan
masalah sendiri.
“Tolonglah jangan main unfollow2,” tulis individu terbabit.
Adakah komen tersebut merujuk kepada ahli keluarga Neelofa dan PU Riz? Mari
kita periksa!
Setelah memeriksa akaun Instagram keluarga Neelofa seperti ibu, kakak serta
adik-adiknya, ternyata mereka sudah tidak mengikuti Instagram PU Riz.
Bukan itu sahaja, IG Story mereka juga kesemuanya memuat naik ‘quote’ atau
kata-kata hikmah yang hampir sama bertemakan perhubungan.
Adakah ini satu kebetulan, atau…?
Meninjau ke laman sosial Twitter, warganet yang terkenal dengan kebolehan
menyiasat mula ‘menghidu’ sesuatu yang tidak kena antara Neelofa dan PU Riz.
Masing-masing mula membuat spekulasi bagi mencari jawapan sebenar terhadap
persoalan yang kini sedang membelenggu pasangan terkenal itu.
Macam sesuatu je?
Gambar Neelofa & Haris pun dah hilang
Kenapa IG Story keluarga Neelofa semua sama?
Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah semua spekulasi itu benar-benar berlaku
atau sebaliknya? Semoga hubungan mereka baik-baik sahaja. Kita tunggu saja
kenyataan daripada Neelofa sendiri,
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saya sudah lama tak cukur, cabut kening – Neelofa
- Neelofa sah dirisik PU Riz, tular gambar keluarga bergambar tanpa penjarakan sosial
- Neelofa suka lelaki berjanggut
- KECOH: Neelofa, PU Riz putus tunang?
- KECOH: Neelofa kena minyak pengasih PU Riz, nikah senyap-senyap, transfer RM100, habis berjuta?
- Neelofa buka mulut isu nikah di Kelantan, minyak pengasih, transfer RM100k ke PU Riz
- Neelofa tak lagi pakai cincin tunang
- Neelofa cari penyebar WhatsApp dakwa nikah, kena ubat pengasih, transfer RM100k
Join our Telegram Channel