JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang membakar diri dengan menyimbah petrol tidak
mampu menahan panas lalu berlari masuk ke dalam parit berhampiran sebuah kuil
di Jalan Ngee Heng, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10.53 pagi, lelaki berusia 39 tahun yang pada
mulanya cuba membunuh diri itu cedera dan melecur pada bahagian tangan dan
badan.
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah
jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan
(EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat
kejadian.
Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Rafie Ahmad Sareng berkata,
pihaknya menyelamatkan lelaki tersebut dalam keadaan sudah melecur lima
peratus.
“Pihak bomba mengangkat mangsa dalam longkang dengan menggunakan stretcher
sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.
Join our Telegram Channel