IPOH: PAS Perak memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah atas
kekhilafan tidak menghadap selepas dititahkan pada 8 Dis lalu.
Pesuruhjaya PAS, Perak Razman Zakaria, berkata sehubungan itu PAS Perak akan
mengutus surat memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.
“PAS Perak sentiasa menjunjung tinggi institusi Kesultanan Perak Darul Ridzuan
dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Sultan Perak,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS
Perak.
Permohonan maaf secara terbuka ini disertai dua lagi ADUN PAS di Perak, yang
diarah PAS Pusat supaya membatalkan pertemuan dengan Sultan Perak, ketika
Istana Kinta sedang menguruskan hal menteri besar baharu dan pembentukan
kerajaan negeri.
Razman berkata surat memohon maaf akan dihantar ke pejabat Sultan Perak di
Istana Kinta petang ini.
Sebelum ini, PAS Pusat tanpa butiran lanjut mengarahkan Razman, Mohd Akmal
Kamaruddin (Selama), dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) membatalkan pertemuan
mereka dengan Sultan Nazrin.
Ketika dihubungi pemberita, Razman memaklumkan mereka masih menunggu keputusan
PAS Pusat mengenai sokongan kepada calon UMNO untuk jawatan menteri besar,
Saarani Mohamad.
Hal ini hanya selesai keesokannya, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,
selesai berurusan dengan pemimpin PPBM dan UMNO, dengan Setiausaha Agung,
Takiyuddin Hassan mengumumkan ADUNnya akan menghadap selepas mendapat titah.
Sebelum itu, PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai pembentukan kerajaan
baharu di Perak susulan penyingkiran Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal
Azumu.
Pada sidang media hari ini, Razman mengesahkan Hadi memohon menghadap Sultan
Perak.
“Surat daripada presiden itu, ya betul,” katanya ringkas, tanpa menjawab di
mana pertemuan akan berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- Saarani tiba di Istana Iskandariah
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
- Insiden di Perak meningkatkan hubungan UMNO, PPBM, PAS, kata Ahmad Maslan
- Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini
- Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak
- Jangan lupa kami untuk jawatan EXCO, PAS Perak peringat MB baharu
- Sultan tolak lantikan exco Pas punca Hadi minta mengadap?
- PAS Perak mohon ampun kepada Sultan Perak
Join our Telegram Channel