PETALING JAYA: PAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak
yang baharu, selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang susulan kalah
undi percaya yang dibawa parti sekutu, UMNO.
Keputusan PAS itu yang diumumkan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan
menimbulkan tanda tanya dalam hubungan parti itu dengan UMNO –
sekurang-kurangnya di Perak.
“Meskipun demikian, PAS akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam
masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,” kata Takiyuddin dalam
kenyataan.
Takiyuddin memaklumkan tiga wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Perak
– Mohd Akmal Kamaruddin (Selama), Khalil Yahaya (Kubu Gajah), dan Razman
Zakaria (Gunong Semanggol) – mengundi menyokong kepimpinan Faizal selaras
pendirian Lajnah Politik PAS Pusat.
Pentadbiran Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, tumbang selepas hilang
sokongan majoriti wakil rakyat apabila usul percaya diundi secara belah
bahagi pagi tadi – sebanyak 48 ADUN tidak menyokongnya berbanding hanya 10
yang menyokong.
UMNO mempunyai 25 ADUN, PPBM 4, dan PAS 3.
ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, yang membawa usul itu berkata ia
dibawa bagi menentukan keabsahan kerajaan negeri yang selama ini didakwa
pembangkang sebagai “kerajaan pintu belakang”.
PAS merupakan sekutu PPBM dalam Perikatan Nasional, dan menjalin kerjasama
dengan UMNO – yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di Perak –
menerusi Muafakat Nasional.
facebook sharing button twitter sharing button whatsapp sharing button
– FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
Join our Telegram Channel