Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini



Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada jam 11 pagi esok.

Pengelola Bijaya Diraja Abd Rahim Mohamad Nor berkata pada timbangan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Adun Kota Tampan boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar Adun untuk dilantik ke jawatan itu.

Abd Rahim berkata demikian dalam kenyataan media sebentar tadi.


Ia dikeluarkan tidak lama selepas Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat menerima Saarani bagi menggantikan Ahmad Faisal Azumu yang digulingkan melalui usul percaya di Dewan Rakyat.

Abd Rahim berkata sultan Perak membuat keputusan itu berpandukan Perkara XVI Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Kenyataan Bersama setiausaha agung BN, Bersatu dan PAS petang ini menyebut Saarani dipilih setelah Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf bagi pihak Adun BN Perak atas “kekhilafan” yang berlaku.


Keputusan itu dibuat selepas pertemuan enam mata antara Zahid, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lepas, Faizal kalah dalam usul percaya yang dibawa Umno, menyebabkan dia meletakkan jawatan.

Dengan keputusan hari ini, bermakna PN kekal memerintah Perak dan spekulasi pembentukan kerajaan Umno dan Pakatan Harapan (PH) tidak menjadi kenyataan. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram