IPOH - Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Saarani Mohamad tiba di Istana
Iskandariah, Kuala Kangsar pada jam 10.15 pagi bagi Istiadat Mengangkat Sumpah
Jawatan Menteri Besar Perak ke-14 hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu turut ditemani isteri, Datin
Aezer Zubin menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.
Pada jam 10.30 pagi, keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin
Shah di Istana Iskandariah.
Berangkat sama pada istiadat hari ini, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda
Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Idris Shah.
Turut dilihat masuk ke pekarangan istana, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)
Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman
Zakaria dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.
Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14 hari ini dibuat
selepas Sultan Nazrin berkenan melantik Saarani ke jawatan itu.
Istiadat tersebut diadakan di Balai Istiadat Kecil Istana Iskandariah di sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
- Insiden di Perak meningkatkan hubungan UMNO, PPBM, PAS, kata Ahmad Maslan
- Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini
Join our Telegram Channel