Menonton rancangan komedi, jenaka atau lawak merupakan antara aktiviti
menarik yang menjadi pilihan sebagai pengisian sewaktu masa terluang
seseorang.
Apabila melihat pelawak-pelawak mempersembahkan lakonan mereka di layar
televisyen, sudah semestinya membuatkan penonton tidak kering gusi dengan
telatah serta kerenah mereka yang mencuit hati.
Baru-baru ini seorang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik
sedutan video satu rancangan komedi tanah air memaparkan seorang pelawak
terkenal sedang ‘mengukur kelapa’ dengan gaya yang ‘over’.
Dia mengulas adegan lawak ditunjukkan seakan-akan mempunyai unsur lucah yang
boleh menjadi punca kepada kes-kes cabul atau ‘sexual harassment’ di luar
sana.
Namun begitu, antara balasan yang diterima oleh Akhi Fairuz adalah sangat
mengejutkan: ‘Takdek apa pun, apa yang lucahnya’ atau ‘Alah, rilekslah,
melawak je’.
Menerusi posting berkenaan, Akhi menegaskan bahawa alasan seperti itu
membuktikan perkara tersebut sudah menjadi ‘basi’ atau normal dalam
masyarakat.
“Ni apa punya jijik lawak yang kau buat?!”
Tidak dinafikan lagi, tugas sebagai pelawak bukanlah sesuatu yang mudah
kerana sebenarnya memang sukar untuk membuat penonton ketawa. Pelawak harus
kreatif mencipta ‘punchline’ yang menarik, sehingga boleh membuatkan
penonton terhibur.
Namun begitu, ia tidak bermakna isu ‘lucah’ boleh dijadikan sebagai
inspirasi kepada lawak demi membuat penonton ketawa, walaupun ia dilihat
sebagai topik hangat dalam kalangan masyarakat zaman ini.
Meninjau ke ruangan komen netizen di Instagram pelawak terkenal itu, ada
warganet yang menyelitkan komen-komen ‘nakal’ berkenaan adegan yang
dipersembahkannya.
Melihat ruangan komen posting tersebut, majoriti warganet menyokong
kenyataannya dan menunjukkan kebimbangan jika adegan seperti itu ditonton
oleh kanak-kanak.
Malah, seorang insan pendidik bergelar guru turut tampil ke hadapan
menceritakan pengalaman berkenaan pelajarnya.
Kedengaran remeh? Tidak sama sekali. Sebaliknya, hal ini merupakan sesuatu
yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyumbang kepada
peningkatan masalah gejala sosial yang tidak diingini terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak, pelajar sekolah dan remaja. – ohmymedia
“Depan audiens? Gelak-gelak? Live? Ditonton seisi keluarga di rumah? Mana
akal?,” soalnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Sepahtu nafi buat lawak jijik sedang onani, sekadar hiburkan penonton sahaja
Faham apa kesan normalisasi benda gini?
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) December 18, 2020
Klik quote RT tweet saya ni, then baca caption mereka.
"Takdek apa pun. Apa yg lucahnya?"
"Kalau kau fikir lucah, lucahlah. Ok je."
Benda nilah yg selalu kena kpd mangsa sex harassment,
"Alah, rileks lah, melawak je"
Normalisasi!
Baca perkongsian cikgu ni.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) December 18, 2020
Jangan remehkan lawak jijik begini walau ada yang kata biasa je, tak lucah apa pun. pic.twitter.com/tjKw5pncCb
Join our Telegram Channel