Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sudah menitahkan Adun Bersatu dan PAS untuk
datang mengadap baginda bagi membuktikan calon menteri besar Umno, Saarani
Mohammad, mendapat sokongan majoriti di DUN.
Anggota Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini berkata sebentar tadi Presiden
Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah mengadap Sultan Nazrin Shah untuk menyerahkan
nama calon menteri besar.
"Tuanku menerima maklumat dan status terkini yang dipersembahkan dan baginda
perlu diyakinkan bahawa perkara yang disembahkan itu perlu dibuktikan terlebih
dahulu.
"Oleh kerana itu selanjutnya tuanku menitahkan Adun Bersatu dan PAS untuk
datang mengadap pada bila-bila masa hari ini," katanya kepada media di Istana
Kinta, Ipoh pagi ini.
Menurut Mohd Annuar lagi istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar akan
hanya dilaksanakan setelah Sultan Nazrin yakin Umno memiliki majoriti mudah
untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Justeru katanya pihak istana sedang menunggu wakil Bersatu dan PAS untuk
menghadap Sultan Nazrin.
Ditanya sama ada wakil Pakatan Harapan (PH) juga akan mengadap, Mohd Annuar
berkata, hal itu tidak dapat diulas buat masa ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
Join our Telegram Channel