Teka teki mengapa tidak ada ADUN PAS di dalam barisan Exco Negeri Perak
terjawab!
MB Perak ketika ditanya mengapa tiada Exco PAS di kalangan 5 Exco yang
dilantik semalam berkata, beliau hanya boleh mencadangkan nama tetapi adalah
merupakan hak mutlak Sultan Perak untuk melantik siapa yang baginda mahu.
Semalam, 5 Exco telah mengangkat sumpah di depan Sultan Perak selepas MB
Datuk Saarani mengangkat sumpah. 4 orang dari UMNO dan seekor dari PPBM. 😝
Ketiadaan Exco PAS menimbulkan tanda tanya.
Pesuruhjaya PAS Perak membuat kenyataan supaya MB Perak jangan lupa PAS
untuk barisan Exco baru. 😁
Hari ini MB berkata beliau hanya boleh cadang tetapi Tuanku yang putuskan.
Ini beri bayangan bahawa Sultan tidak berkenan dengan ADUN PAS membarisi
barisan Exco baru!
Patutlah Presiden PAS mengutus surat semalam kepada Tuanku mohon mengadap
bagi menerangkan kepada Tuanku berkenaan suasana politik PAS.
PAS terkejut mereka dipinggirkan Sultan dan mahu memujuk Istana. (Rujuk
gambar)
Itulah... Nabeel nak kata padan muka tak sampai hati.
Tapi yang PAS begitu biadap tak mengadap Sultan bila dititah tu sebab apa?
Kesetiaan kita kepada Raja dan Negara tau. Bukan kepada PPBM. 🤣
Siapa makan nangka dia lah yang kena getahnya. 😎 – Nabeel Naqie
Pelantikan Adun daripada PAS sebagai Exco bergantung kepada perkenan Sultan
Perak Sultan Nazrin Shah, demikian menurut Menteri Besar Perak yang baru,
Saarani Mohamad.
Saarani berkata dia akan mencadangkan nama lima lagi Adun untuk memenuhi
barisan 10 Exco kepada Sultan Nazrin dalam masa terdekat, selepas lima Exco
mengangkat sumpah, semalam.
“Saya tidak boleh mengumumkan sekarang (siapa nama yang dicadangkan). Kita
akan mengisi jawatan Exco seperti sebelum ini dan saya boleh mencadangkan
nama, tetapi untuk memperkenankan calon tersebut adalah hak mutlak Duli Yang
Maha Mulia Sultan Perak,” katanya.
Dia berkata demikian pada sidang media selepas memulakan tugas sebagai Menteri
Besar Perak ke-14 di Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul
Ridzuan di Ipoh hari ini.
Ditanya sama ada lima Exco yang bakal dilantik itu adalah individu sama semasa
pentadbiran Ahmad Faizal Azumu, Saarani berkata perkara itu akan diteliti
semula mengikut kesesuaian.
Semalam, empat daripada lima Adun yang mengangkat sumpah merupakan lantikan
semula iaitu Zolkafly Harun (BN-Lintang); Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup); Dr
Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed
(BN-Bota).
Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) yang turut dilantik adalah muka
baru.
Barisan Exco Perak terbubar selepas Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai
Menteri Besar pada 5 Dis lepas, setelah dia gagal mendapat sokongan menerusi
usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum
itu.
Menerusi usul itu yang dibawa oleh Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru)
pada persidangan DUN, Jumaat lepas, Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi
sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata dia akan mengadakan Mesyuarat Exco
pertama Isnin depan dan memberi taklimat berkenaan Belanjawan Negeri Perak
2021 di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di Ipoh kepada semua Adun supaya
dokumen itu dibentangkan pada, Rabu nanti.
Mengenai ulasan A Kadir Jasin dalam sebuah portal tempatan yang mendakwa
pemimpin Umno Pusat hilang kawalan terhadap pemimpin Umno negeri berikutan
kemelut parti politik Perak, Saarani berkata ia adalah tafsiran dan pandangan
peribadi.
Terdahulu, Saarani, 59, yang berpakaian baju Melayu lengkap bersamping
disambut pegawai-pegawai kanan dan kakitangan awam di Bangunan SUK dengan
diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Penasihat
Undang-Undang Negeri Perak Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan
Negeri Zulazlan Abu Hassan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- Saarani tiba di Istana Iskandariah
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
- Insiden di Perak meningkatkan hubungan UMNO, PPBM, PAS, kata Ahmad Maslan
- Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini
- Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak
- Jangan lupa kami untuk jawatan EXCO, PAS Perak peringat MB baharu
Join our Telegram Channel