PETALING JAYA – Muzik video single pertama anak kepada jutawan kosmetik Datuk
Seri Vida, Cik B berjudul Tolonglah yang dilancarkan pada 1 Disember lalu
telah berjaya menjadi lagu trending nombor satu di YouTube hari ini.
Tinjauan Kosmo! setakat pada pukul 11.30 pagi tadi, lagu Tolonglah nyanyian
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edylynn Zamileen Muhammad Amin, 15, telah
meraih sebanyak 653,128 tontonan.
Berita gembira berkeanaa turut dikongsi oleh Datuk Seri Vida menerusi akaun
Instagram miliknya pagi tadi yang terharu dengan kejayaan single pertama Cik
B.
“Cik B anak mama yang hebat! Cik B trending nombor satu dalam masa 24 jam!”
ujar usahawan itu teruja.
Cik B yang berada di samping ibunya turut meluahkan rasa terharu dan bersyukur
kepada peminat yang memberikan sokongan terhadap permulaan karier nyanyiannya.
“Terima kasih semua yang telah mendengar lagu Cik B, yang telah menyukai lagu
Cik B dan menyokong Cik B selama ini.
“Terima kasih telah membuatkan lagu Cik B trending nombor satu,” katanya.
Tolonglah merupakan lagu ciptaan komposer muda Yonnyboii, manakala liriknya
pula ditulis Datuk Seri Vida dan Cik B.
Join our Telegram Channel