Kota Bharu: Seorang Youtuber yang ditahan reman Khamis lalu dibebaskan dengan
jaminan polis semalam.
Lelaki berusia 22 tahun itu sebelum ini direman tiga hari sebelum dibebaskan,
namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan
Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih
teruskan lagi siasatan yang belum lengkap," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang Youtuber ditahan polis dipercayai
mencabul seorang wanita dalam kejadian di Kubang Kerian awal Ogos lalu.
Lelaki berkenaan ditahan selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kota Bharu, pada 10 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata,
kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama Youtube
awal Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel