IPOH: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta untuk menghadap
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Kenderaan membawa beliau dilihat tiba 9.50 pagi dan memasuki perkarangan
istana dan difahamkan pertemuan kali kedua itu bagi menyerahkan dan
memuktamadkan nama calon menteri besar daripada Umno.
Beberapa minit kemudian, kenderaan membawa Pengerusi Umno Perak Saarani
Mohamad turut dilihat memasuki perkarangan istana.
Saarani dijangka dicalonkan sebagai menteri besar baharu, menggantikan Ahmad
Faizal Azumu yang tewas dalam undian usul percaya terhadapnya di DUN Perak
minggu lalu.
Pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno berlangsung semalam, Saarani
dilaporkan turut hadir.
Sabtu lalu, Zahid sudah menghadap Sultan Perak, bagi memaklumkan situasi
semasa selepas Faizal dijatuhkan melalui usul percaya terhadapnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
Join our Telegram Channel