KECOH: Syarikat MLM Atomy guna hasil perniagaan kepada dakwah Kristian



Atomy adalah perniagaan multi level marketing (MLM) yang sah di sisi undang-undang, sama seperti syarikat MLM-MLM yang lain.

Saham Atomy Malaysia bukan dimiliki oleh rakyat Malaysia sebaliknya ianya dimiliki 100% oleh Atomy Korea.

Syarikat ini menjadi tumpuan netizen kerana dikaitkan dengan penyebaran agama Kristian.

Syarikat Atomy merupakan pemenang Grand Prize 2019 Mission Awards of Korean Church dari KOREA CHRISTIAN MISSIONARY AWARD, EVANGELIZATION CENTRAL COUNCIL & EVALUATION COMMITTEE COUNCIL yang membuktikan bahawa keterlibatan syarikat ini dengan cemerlang di dalam agenda kristianisasi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh syarikat itu di laman web global mereka.


Produk-produk mereka dikatakan sangat berkuali bahkan mempunyai sijil halal dari pihak Jakim.

Beberapa nama besar di dalam Atomy seperti Dr Tengku Asmadi dan Afyan Mat Rawi telah mula berhenti dari terlibat dengan perniagaan itu.

Jabatan Mufti Selangor hari ini pula secara tiba-tiba tampil membuat penafian bahawa telah mengeluarkan fatwa keharusan tentang perniagaan Atomy.

Namun di akhir kenyataan Jabatan Mufti Selangor seolah-olah mengajak umat Islam agar meninggalkan perniagaan seperti itu.


"Umat Islam dinasihatkan agar meninggalkan segala aktiviti, kumpulan, dan perniagaan yang diketahui dengan jelas tujuannya adalah untuk penyebaran agama atau fahaman yang bertentangan dengan Islam."

Kenyataan rasmi itu ditandatangani oleh Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid merangkap Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

Beberapa orang pendakwah sudah mula mengajak orang ramai agar meninggalkan perniagaan ini kerana jika hasil dari jualan produk-produk mereka disalurkan kepada tujuan menyebarkan dakwah Kristian.

Setakat hari ini pihak Jakim masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan status keterlibatan umat Islam di dalam perniagaan Atomy.


Atomy korea mengaku mereka syarikat kristian dan memang membantu kristian melalui Dream Foundation.



Namun menurut seorang pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah datang ke pejabatnya untuk mendapatkan input tentang perkara itu.

Firdaus menjangkakan Pihak Mufti Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa yang terdekat. – Cinca







Dakwa tidak terlibat dengan aktiviti keagamaan tetapi sebaliknya yang berlaku.








Join our Telegram Channel
Telegram