BERSATU tidak goyah dengan ancaman politik dibuat Umno semasa mesyuarat bahagian pada minggu lalu walaupun ia dibuat secara terbuka, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Ketua Armada Bersatu berkata partinya tidak bimbang dengan perkara itu kerana sudah biasa bagi mana-mana parti beretorik semasa perhimpunan untuk membangkitkan semangat ahli mereka.
“Ini adalah katarsis politik. Ia sesuatu yang normal dalam setiap persidangan parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Timbalan menteri belia dan sukan itu menambah, masih terlalu awal untuk bermusuhan dengan Umno tetapi dalam persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ia sesuatu yang merugikan jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti.
“Ia masih terlalu awal, tetapi Bersatu juga sudah bersedia tetapi paling baik elakkan pertembungan tiga penjuru,” kata Wan Ahmad Fahysal.
Perwakilan Umno dalam mesyuarat bahagiannya pada hujung minggu lalu membelasah Bersatu dan presidennya Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan bertanding di semua kerusi dimenangi sebelumnya termasuk kerusi bekas wakil Umno yang lompat parti ke Bersatu selepas pilihan raya.
Umno Bahagian juga mengemukakan usul agar parti mengkaji semula kerjasama politik yang dibentuknya dengan Bersatu pada Februari ketika Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kuasa daripada Pakatan Harapan hanya selepas 22 bulan.
Bagaimanapun, Wan Ahmad Fahysal berkata pelik bagi Umno menyerang Bersatu tetapi pada masa sama tidak sekalipun berbuat demikian terhadap pembangkang.
Senator itu juga membayangkan kemungkinan Umno bersekongkol dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan DAP, yang digambarkan parti itu sebagai “momok” selama beberapa dekad.
“Aneh mereka tidak menyerang DAP atau Anwar. Tetapi, kami tahu kerjasama semula terhadap Anwar dan DAP sedang berjalan,” kata Wan Ahmad Fahysal.
Umno dan parti PN terutamanya Bersatu bertelagah selepas kedua-dua parti itu membentuk kerajaan pada Februari.
Ketegangan dalam beberapa bulan terakhir antara Umno dan PN meningkat dengan pemimpin Umno mendakwa parti itu diketepikan dalam kerajaan.
Umno menolak tawaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyertai PN dan meminta Bersatu bergabung dengan Muafakat Nasional (MN).
Hujung minggu lalu, Zahid berjanji menyokong MN dan tidak akan menjadi sebahagian daripada PN walaupun bersetuju membentuk majlis presiden dengan parti lain.
Ahli Parlimen bekas parti kerajaan juga berkata menyokong Anwar untuk menjatuhkan kerajaan PN dan membentuk yang baharu selepas itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin
- UMNO Tangga Batu tolak Bersatu, tanding Dun dimenangi Rafiq
- Join PN lepas tu terikat, timbullah kesulitan, dah janji kenalah tunai, Tajuddin ingatkan Pas
- Umno Perak tak akan serah 5 kerusi dimenanginya pada PRU14
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- No way, UMNO P Pinang tak mahu tolak ansur dengan PPBM
- 143 dari 191 bahagian Umno tolak kerjasama dengan PPBM – Zahid
- Umno Putrajaya suarakan sokongan terhadap Muhyiddin
- Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat Annuar Musa, putus dengan Pas, Bersatu
- Gabungan Bersatu dan PAS tak mampu tewaskan Umno – penganalisis
- Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
- Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN
- Jazlan tegas letak jawatan kerajaan jika parlimen tak bubar bulan ini
- 189 Umno Bahagian tolak Bersatu
- Mas Ermieyati mahu pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah
- Tidak cakap kosong, Jazlan terus letak jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia
- Tak mustahil UMNO kerjasama dengan PKR, DAP, Amanah, kata Tajuddin
- Tok Mat sahkan Bersatu nak bunuh Umno
- Jangan harap Umno bagi Masjid Tanah pada Bersatu – Ab Rauf
- Tajuddin balun Annuar Musa, asyik-asyik ratip no DAP, no Anwar
- Annuar Musa dipecat, Ahmad Maslan dilantik SU BN baharu
- Umno keluar PN bulan ini? Zahid kata fitnah
- KJ sedia lepaskan jawatan menteri jika diarah Umno
- MKT UMNO muktamadkan esok sama ada pemimpin parti keluar kerajaan, kata Ahmad Maslan
- TERKINI: Pertemuan tertutup Zahid, Hadi sebentar tadi
- Syed Ali kembali kepada UMNO selepas lompat ke Amanah
- Tolak kerjasama kerana Bersatu tak ikhlas – Zahid
Join our Telegram Channel