Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disenaraikan di tangga ke-14 oleh Counter Extremism Pproject (CEP) sebagai "20 Ekstremis Paling Berbahaya di Seluruh Dunia".
Kumpulan yang berpusat di Amerika Syarikat itu menamakan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai yang paling berbahaya dalam sebarau itu.
Beliau mendahului Amir Muhammad Sa'id Abdal-Rahman al-Mawla yang merupakan 'khalifah' kumpulan pengganas Islamic State (IS).
CEP membentangkan senarai itu sebagai kumplan ekstremis merentas spektrum ideologi dan kepercayaan yang "dianggap ancaman besar keselamatan antarabangsa".
Mahathir disebut sebagai anti-Semitik, pengkritik Barat dan CEP mengimbas kenyataannya mengenai serangan pengganas di Perancis pada Oktober 2020.
Join our Telegram Channel