TAKUT dengan pelbagai ugutan daripada individu tidak dikenali, wanita yang
didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar tampil
membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.
Menurut wanita dikenali sebagai Fara Salleh, 28, dia kesal apabila isteri
kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan
maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.
"Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang
ugut nak bunuh... sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.
"Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial," katanya kepada
mStar pada Ahad malam.
Dia temui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling
Jaya selepas 'diserang' isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di
kediamannya.
Menurut Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah hadir ke rumahnya
dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.
Bagaimanapun Fara enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor
keselamatan.
"Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan
Agama Islam Selangor dan polis... biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.
"Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan
panggilan video dan saya akan buat home tour... dia boleh tengok ada atau pun
tidak," katanya.
Sementara itu ditanya sama ada dia masih menjalinkan hubungan dengan Shuk
seperti yang didakwa, dia mengakui segalanya sudah berakhir.
"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!" katanya ringkas.
Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan
dengan Shuk sekitar Julai 2020.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Orang tidur, aku berkeliaran cari laki – Isteri dedah Shuk HotFM curang lagi
- Tuduhan curang, Hot FM gantung Shuk serta merta
- Fara Salleh mengaku skandal dengan Shuk sudah berakhir
- Jiran kantoikan Shuk HotFM lari keluar ikut balkoni rumah Fara
- Sedap kau duduk rumah dapat g*nt*l, rumahtangga Shuk-Rossa panas kembali, Fara ugut terjun bangunan
Please subscribe
Join our Telegram Channel