SUNGAI PETANI: Seorang petugas barisan hadapan berusia 43 tahun, cedera parah
di bahagian lutut selepas terlanggar tembok batu pembahagi jalan di Jambatan
Kuala Lesong, Bukit Selambau pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang bertugas sebagai
Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan
sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan
ketika tiba di lokasi, mangsa telah melanggar tembok pembahagi jalan yang
berada di atas jambatan berkenaan.
Menurutnya, memandangkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek
dan terus merempuh pembahagi jalan tersebut yang mana menyebabkan mangsa
mengalami kecederaan di bahagian tempurung lutut dan kini dirawat di HSAH.
Tambah Adzli, ketika membuat lawatan di lokasi kejadian, pihaknya mendapati
terdapat papan tanda ‘AWAS’ dari daerah Baling serta papan tanda ‘Jalan
Ditutup’ diletakkan kira-kira satu kilometer dari jambatan berkenaan.
Bagaimanapun, kadar atau tahap pencahayaan di lokasi kejadian kemalangan itu
adalah gelap dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
Sementara itu, menurut saksi kejadian, Mohd Ghazali Nayan, 45 tahun, keadaan
di lokasi kejadian amat gelap ketika kejadian berlaku.
"Masa kejadian tu berlaku abang (ke sini sebelum pergi menoreh) ada lima
hingga enam orang berkumpul, dalam keadaan yang gelap.
“Saya pun pergi tengok motosikal yang remuk nampak ada seorang lelaki yang
tersadai.
“Saya bertanya di mana dia bertugas, dia menjawab di Hospital Sungai Petani,”
katanya.
Please subscribe
Join our Telegram Channel