PETALING JAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatannya dalam Kabinet, jika diarahkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Katanya, beliau terikat kepada sebarang keputusan MKT UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk membincangkan kedudukan pemimpin UMNO memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Jika MKT membuat keputusan mengarahkan hli UMNO untuk menarik diri (daripada kabinet), saya, sebagai ahli UMNO, adalah terikat kepada keputusan itu,” kata beliau.
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan hari ini enggan mengesahkan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi memberikan arahan untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum bulan depan, untuk mencetuskan pilihan raya umum.
UMNO adalah blok terbesar dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin yang hanya mempunyai majoriti tiga kerusi di Dewan Rakyat.
Dua sumber mengesahkan Zahid mengeluarkan arahan sedemikian dalam perjumpaan dengan ketua bahagian UMNO di Kuala Lumpur, setelah akar umbi mendesak parti itu menamatkan kerjasamanya dengan PPBM.
Khairy akur kepelbagaian pandangan mengenai hubungan UMNO-PPBM di dalam parti itu, tetapi menegaskan “tindakan kita adalah bersandarkan keputusan MKT”.
Beliau turut menyokong keputusan ketua bahagian menolak kerjasama dengan DAP dan PKR.
Mengulas pengguguran Annuar Musa sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan wakil Muafakat Nasional (MN) dalam seketariat MN, Khairy berkata keputusan itu dalam bidang kuasa penuh Zahid.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin
- UMNO Tangga Batu tolak Bersatu, tanding Dun dimenangi Rafiq
- Join PN lepas tu terikat, timbullah kesulitan, dah janji kenalah tunai, Tajuddin ingatkan Pas
- Umno Perak tak akan serah 5 kerusi dimenanginya pada PRU14
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- No way, UMNO P Pinang tak mahu tolak ansur dengan PPBM
- 143 dari 191 bahagian Umno tolak kerjasama dengan PPBM – Zahid
- Umno Putrajaya suarakan sokongan terhadap Muhyiddin
- Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat Annuar Musa, putus dengan Pas, Bersatu
- Gabungan Bersatu dan PAS tak mampu tewaskan Umno – penganalisis
- Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
- Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN
- Jazlan tegas letak jawatan kerajaan jika parlimen tak bubar bulan ini
- 189 Umno Bahagian tolak Bersatu
- Mas Ermieyati mahu pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah
- Tidak cakap kosong, Jazlan terus letak jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia
- Tak mustahil UMNO kerjasama dengan PKR, DAP, Amanah, kata Tajuddin
- Tok Mat sahkan Bersatu nak bunuh Umno
- Jangan harap Umno bagi Masjid Tanah pada Bersatu – Ab Rauf
- Tajuddin balun Annuar Musa, asyik-asyik ratip no DAP, no Anwar
- Annuar Musa dipecat, Ahmad Maslan dilantik SU BN baharu
- Umno keluar PN bulan ini? Zahid kata fitnah
Join our Telegram Channel