KUALA LUMPUR – Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pandangan masing-masing
dalam kalangan ahli politik tidak ditegah tetapi perlu berpada-pada.
Tindakan mengkritik dengan sindiran tanpa fakta dan hujah betul sebenarnya
lebih banyak ‘menyakitkan’ hati terutamanya dalam kalangan rakan-rakan parti
sendiri.
Itu luahan veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung kritikan Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri
Ahmad Maslan kononnya memiliki pemikiran ‘goreng pisang’.
Kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Khairy perlu lebih beradab
serta memiliki fakta sebelum melontarkan pandangannya.
“Itu pandangan Khairy tapi pada masa sama beliau juga sebenarnya boleh
berhujah lebih Kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Khairy perlu
lebih beradab serta memiliki fakta sebelum melontarkan pandangannya.fakta dan
bukannya sindiran melukakan hati kawan.
“Itu yang sebaiknya, sesiapun boleh bercakap tapi perlu juga fakta.
“Apa yang cuba diterangkan oleh Ahmad Maslan ketidakadilan perundangan dan
salahguna kuasa kerajaan semasa Pakatan Harapan (PH) yang tidak diperbetulkan
oleh kerajaan PN. Itu maksudnya,” katanya ketika sesi sembang santai disini
hari ini.
Semalam Khairy mengulas tentang pemikiran Setiausaha Agung UNMO itu yang
dirumuskan sebagai ‘goreng pisang’ apabila beliau membangkitkan perihal
hubungan UMNO dan Bersatu.
Bagaimanapun, Ahmad Maslan berkata, beliau tidak mahu “bergaduh” dengan
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kata Nazri Aziz, sememangnya Ahmad Maslan memiliki jiwa cukup besar untuk
tidak mengendahkan kritikan tersebut sebaliknya hendak fokus kepada isu-isu
lebih penting.
“Memang beliau berjiwa besar, fokus kita perkara lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- KJ sedia lepaskan jawatan menteri jika diarah Umno
- MKT UMNO muktamadkan esok sama ada pemimpin parti keluar kerajaan, kata Ahmad Maslan
- Kes mahkamah zalim antara punca Umno tak puas hati dengan PN, dedah Ahmad Maslan
- UMNO sah putus hubungan dengan PPBM
- KJ balun Mat Maslan beri alasan kes mahkamah sebab Umno tolak Bersatu
- Jangan putarbelitkan kenyataan Ahmad Maslan – Najib
- Ketua Penerangan nafi tuduhan Annuar Musa UMNO mahu bekerjasama dengan DAP
- Nazri setuju Umno tinggalkan kerajaan PN secepatnya
- PANAS: Ahmad Jazlan umum tarik sokongan, Kerajaan PN bakal tumbang
- KJ tak perlu lukakan hati kawan dengan sindiran – Nazri Aziz
- Hari-hari curi ahli UMNO, bukan kita tak tahu – Nazri
- Lebih ramai ahli Parlimen Umno akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- UMNO tidak gila mahu PRU semasa musim Covid-19 – Nazri
Join our Telegram Channel