SYARIKAT Iris Information Technology (Iris) yang dikatakan mempunyai kaitan
dengan S5 Holdings Incorporation (S5) dikatakan menerima projek daripada
kerajaan bernilai RM1.16 bilion.
Persoalan kemungkian wujud rundingan terus atau amalan kroni timbul apabila
syarikat S5 itu didakwa mempunyai kaitan dengan menantu Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau adalah Datuk Muhamad Adlan Berhan, yang dikatakan mempunyai saham S5
melalui syarikat Agathistwo Jia Sdn Bhd.
Dakwaan timbul apabila penganugerahan projek kepada Iris melalui rundingan
dengan syarikat S5 diberikan pada 29 Januari 2021 iaitu ketika Perintah
Darurat berkuat kuasa.
Oleh demikian, Muhyiddin didakwa menggunakan kuasa dalam Ordinan Darurat untuk
membenarkan syarikat mempunyai kaitan dengan menantunya itu untuk menerima
projek bagi Mengkaji, Mencadang, Merekabentuk, Membangun, Membekal,
Menghantar, Memasang, Menguji, Mengintegrasi, Memigrasi Data dan Mentauliah
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional untuk Jabatan Imigresen Malaysia
(Imigresen).
“Amat menyedihkan, namun dikala rakyat menderita, saya hendak ucap tahniah
kepada Iris sebuah syarikat Iris Information Technology adalah anak syarikat
Iris, di mana syarikat S5 System Sdn Bhd yang mempunyai hubungan…tuan-tuan pun
tahulah.
“Siapa punya, kalau tanya S5 ini, semua orang kenal, menantu Muhyiddin Yassin
yang bernama Adlan Berhan, mempunyai kaitan dengan syarikat ini.
“Projeknya taklah sebanyak seperti mana peniaga-peniaga kecil perolehi, cuma
RM1.16 bilion sahaja, tak banyak.
“Ini memang biasalah, untuk anak Perdana Menteri, menantu Perdana Menteri..
memang kira bahagian-bahagian mereka.. halal, tak ada yang haram, haram jadah
sahaja.
“Inilah akibatnya kenapa mereka hendak sangat supaya darurat diisytiharkan
kerana kita tak boleh langsung hendak pertikaikan apa projek hendak diberi
kepada anak atau menantunya.
“Sebab daurat, perlembagaan itu kita letak dalam tong sampah.”
Demikian dakwaan dinyatakan Presiden Laskar Siber, Datuk Lokman Noor Adam,
dalam satu sidang video Facebook secara langsung mendedahkan perkara tersebut.
Malah sebelum ini, hal itu pun pernah dilaporkan oleh portal berita The Vibes.
Oleh itu, Lokman mendakwa pemberian projek itu sebagai salah satu alasan
kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menguatkuasakan Proklamasi Darurat.
Katanya, ketika dalam tempoh darurat, tidak ada sesiapa pun akan berani
mendedahkan perkara terbabit kerana Perdana Menteri berkuasa penuh.
Lantaran itu, beliau juga memohon Majlis Raja-Raja Melayu untuk menyentuh
perkara ini dan kedudukan Muhyiddin dalam sidang mesyuaratnya akan datang.
“Jadi saya harapkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang akan bersidang tidak
lama lagi supaya mula memikirkan nasib rakyat jelata.
“Jangan macam sesetengah orang ini, menikmati kekayaan yang luar biasa dengan
puluhan projek hasil daripada air mata rakyat.
“Saya mengharap, kita ada Raja-Raja Melayu ramai semoga baginda diberikan
kekuatan untuk menghentikan daurat ini seberapa segera yang mungkin.
“Saya yakin, percayalah kita hendak harap dekat siapa lagi. Kita cuma boleh
berharap kepada Allah SWT.
“Saya yakin, hari Jumaat, malam Jumaat, setiap hari kalau tuan-tuan berdoa
semoga dibuka pintu hati Raja-Raja Melayu ini untuk segera membatal atau
menamatkan darurat ini dan kembalikan demokrasi dalam negara ini.
“Hari esok masih ada, Insya Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga mendakwa, lebih 40 projek diberikan kepada pihak
tertentu secara rundingan terus sejak Mac 2020 lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Menantu Perdana Menteri didakwa terima projek bernilai RM1.16 bilion
- CEO disyaki dalang agih projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion direman
- Isu Menara KL: 2 pengarah syarikat direman 4 hari
- Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin direman jadi dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5 bilion
- SPRM siasat kontrak lumayan menantu bekas Perdana Menteri
- SPRM siasat bekas Perdana Menteri dan menantu
- Muhyiddin: Tuduhan beri kontrak pada menantu fitnah jahat
- SPRM akan panggil Muhyiddin berkait dana meragukan RM300 juta dari kontraktor
- Kontrak kepada menantu adalah fitnah – Muhyiddin
- Muhyiddin dilapor sudah berjumpa SPRM
- 'Saya tak kenal, tak pernah jumpa, nama syarikat pun saya tak tahu' – Muhyiddin
Join our Telegram Channel