Hari ini tular satu surat rasmi dari Jabatan Perdana Menteri yang telah
meluluskan satu peruntukan untuk membina Dewan di Parlimen Pagoh.
Menurut surat itu, peruntukan sebanyak RM35,435,992 itu telah diluluskan oleh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
Netizen
rata-rata mempersoalkan kos pembinaan yang dikatakan terlalu besar kerana
sebelum ini kos untuk membina dewan hanya sekitar RM2 juta hingga ke RM7 juta
sahaja.
Manakala kos untuk membuat dewan sekolah jauh lebih murah iaitu sekitar RM280
ribu sahaja.
Netizen juga mempersoalkan mengapa projek yang diluluskan Perdana Menteri yang
juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh itu dibuat dengan tergesa-gesa seawal 1 Mac
2021.
Netizen secara sinis mendakwa mungkin di dalam dewan tersebut akan dibina
kolam renang saiz Olimpik dan padang golf untuk kegunaan rakyat di Pagoh.
Sehingga kini tiada kenyataan dibuat tentang penularan surat rasmi tersebut.
Diharap surat tersebut palsu kerana memandangkan rakyat dalam keadaan susah
bergelut dengan Covid-19 dan kehilangan kerja serta ekonomi yang merundum,
sebahagian orang pula mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara zalim.
Netizen meluahkan rasa kesal kerana wang sebegitu banyak mampu untuk melegakan
kesusahan ramai rakyat.
Mereka turut mempertikaikan di saat banyak peruntukan di banyak kementerian
dipotong untuk melawan Covid-19, tetapi lebih RM35 juta diperuntukkan hanya
untuk membina dewan. Apakah kegunaan dewan tersebut untuk rakyat Malaysia? –
Cinca
Dewan di Parlimen Gua Musang hanya berharga RM3.5 juta sahaja. Dewan Parlimen Pagoh 10 kali ganda lebih mahal. |
Join our Telegram Channel