Semalam tular satu klip video memaparkan tindakan seorang wanita yang selamba
membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di Kelantan daripada
kenderaannya.
Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan
tersebut sebagai ‘tiada kesedaran sivik’.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Azhar Zamiri tampil
menceritakan kisah sebenar di sebalik tindakan wanita terbabit.
Menurut Azhar, keluarga terbabit baru pulang dari berubat secara tradisional
di Kuala Krai dan mereka telah diarah oleh bomoh untuk membuang ‘sampah’ itu
ke dalam air sungai yang mengalir.
Azhar juga meminta netizen supaya berhenti mengecam keluarga terbabit yang
kini berada dalam kemurungan.
Walaupun cerita tersebut belum dapat dipastikan kesahihannya, rata-rata
netizen menganggap ianya hanyalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk
mempertahankan perbuatan wanita itu.
Terdahulu, video berdurasi 20 saat itu viral apabila dikongsi pelayar laman
sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.
Netizen mengecam wanita itu tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan
kenderaan yang bergerak.
Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat
negeri Kelantan, merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan yang dinaikinya
yang menggunakan plat ‘D’.
Netizen berpendapat tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya
pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali
membawa bersama sampah sarap dan plastik.
Please subscribe
Join our Telegram Channel