Netizen ramal sesuatu yang besar bakal berlaku selepas Hishammudin mengadap Sultan Johor kemudian bertemu Najib



Sebagaimana yang diketahui oleh sebahagian rakyat Malaysia, kerajaan bakal tumbang pada bila-bila masa sahaja.

Ini kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya berbaki 110, jumlah yang sama dimilik oleh pembangkang Pakatan Harapan.

Pihak Umno khususnya bekas perdana menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak mendesak agar UMno memutuskan hubungan dengan Bersatu dan pilihan raya dilakukan secepat mungkin bagi mendapatkan kerajaan yang kukuh.

Kerajaan yang kukuh dengan majoriti yang selesa menurut Najib amat penting bagi menstabilkan ekonomi negara. Pelabur-pelabur akan datang melabur semula di dalam negara, projek-projek mega dapat diteruskan, pekerjaan-pekerjaan dapat diberikan kepada rakyat.


Dengan ini suasana di dalam negara bakal menjadi lebih aman, kebajikan rakyat dapat dijaga dengan lebih baik, negara juga akan mempunyai kewangan yang lebih kukuh untuk menangani wabak Covid-19 yang kini sangat memberi kesan kepada rakyat.

Ini dapat dibuktikan dengan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang lalu, negara tidak lagi menjadi tumpuan pelabur, pendapatan negara berkurangan, rakyat kehilangan pekerjaan. Ramai yang kehilangan aset-aset seperti rumah kerana tidak lagi mampu untuk membayar pinjaman dengan bank-bank.

Baru-baru ini Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat satu hantaran di instagram miliknya mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi dengan menaiki jet peribadi dipercayai milik Sultan Johor.

Tidak diketahui isi perbincangannya namun melalui gambar yang dikongsikan terpapar keseriusan juga tidak kurang keakraban dengan senyuman.


Dua hari selepas itu Hishammuddin bertemu sepupunya Najib, sehari selepas beliau menziarahi pusara ibunya Allahyarhamah Tun Suhailah dan ibu Najib Allahyarhamah Tun Rahah.

Juga tidak diketahui isi perbincangan tersebut namun sesuatu yang menarik adalah hantaran Hishammuddin itu mendapat tanda suka oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Dua hantaran Hishammuddin itu mula menjadi viral dan netizen meramalkan sesuatu yang besar bakal berlaku di dalam negara.

Ada yang mendakwa bahawa Hishammuddin bakal diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina.


Namun ramai juga yang meramalkan kerajaan Perikatan Nasional bakal tumbang, Parlimen akan dibubarkan, PRU akan berlaku dan Hishammuddin adalah calon Perdana Menteri baharu untuk rakyat Malaysia.

Perjumpaan Hishammuddin dengan Najib adalah kerana untuk mendapatkan sokongan dari individu yang kini popular dengan panggilan Bossku, menurut cakap-cakap mereka lagi.

Tindakan itu bijak memandangkan selain ahli politik yang berpengaruh Najib kini juga antara 'influencer' yang digeruni di media sosial, dan mereka pula adalah saudara yang sangat dekat. Why not?, kata mereka lagi. 

Namun itupun hanya cakap-cakap di luar sana. Tapi pernah terbaca satu hantaran di facebook Muhamad Harris Nasril yang dikatakan salah seorang admin facebook Najib (betul ke?) bahawa 'khabar angin politik ni biasanya 90% betul'. – Cinca


















Join our Telegram Channel
Telegram