PUTRAJAYA - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh dilaksanakan sekiranya semua
pihak berganding bahu memberi kerjasama mematuhi normal baharu dan Garis
Panduan Pencegahan Covid-19 meskipun negara masih bergelut dengan pandemik
itu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata,
pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan polis
untuk sebarang pelaksanaan kawalan selaras dengan arahan terkini di bawah Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"SPR yakin sekiranya semua pihak berganding bahu memberikan kerjasama
sepenuhnya, PRU15 boleh dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, Garis Panduan Pencegahan Covid-19 akan dilaksanakan dengan ketat
di semua proses pilihan raya.
"Ia termasuklah taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan
kertas undi, pengeluaran dan pengiraan undi pos, semakan isi peti undi,
sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi,"
katanya.
Beliau berkata, bagi aktiviti berkempen pula, calon atau parti bertanding
digalakkan berkempen menggunakan platform media sosial sepertimana yang
disarankan sejak penularan pandemik Covid19 bermula dari Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, DUN Slim dan Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sabah.
"Bukan itu sahaja, calon atau parti bertanding juga digalakkan menggunakan
media massa untuk berkempen seperti melalui iklan surat khabar ataupun
temuramah.
"Pada masa yang sama, pengedaran risalah atau pamplet melalui pos juga boleh
dilaksanakan.
"Ini terpulang kepada kreativiti calon atau parti yang bertanding untuk meraih
sokongan," katanya.
Abdul Ghani berkata, PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh
pembubaran Parlimen.
"SPR bertanggungjawab menjalankan PRU berdasarkan kepada bidang kuasa dalam
Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Terdahulu, suhu politik tanah air kembali meledak selepas sumber mengesahkan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor memberikan arahan untuk
melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum
1 Februari.
Tindakan itu sebagai langkah untuk mencetuskan PRU15.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin
- UMNO Tangga Batu tolak Bersatu, tanding Dun dimenangi Rafiq
- Join PN lepas tu terikat, timbullah kesulitan, dah janji kenalah tunai, Tajuddin ingatkan Pas
- Umno Perak tak akan serah 5 kerusi dimenanginya pada PRU14
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- No way, UMNO P Pinang tak mahu tolak ansur dengan PPBM
- 143 dari 191 bahagian Umno tolak kerjasama dengan PPBM – Zahid
- Umno Putrajaya suarakan sokongan terhadap Muhyiddin
- Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat Annuar Musa, putus dengan Pas, Bersatu
- Gabungan Bersatu dan PAS tak mampu tewaskan Umno – penganalisis
- Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
- Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN
- Jazlan tegas letak jawatan kerajaan jika parlimen tak bubar bulan ini
- 189 Umno Bahagian tolak Bersatu
- Mas Ermieyati mahu pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah
- Tidak cakap kosong, Jazlan terus letak jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia
- Tak mustahil UMNO kerjasama dengan PKR, DAP, Amanah, kata Tajuddin
- Tok Mat sahkan Bersatu nak bunuh Umno
- Jangan harap Umno bagi Masjid Tanah pada Bersatu – Ab Rauf
- Tajuddin balun Annuar Musa, asyik-asyik ratip no DAP, no Anwar
- Annuar Musa dipecat, Ahmad Maslan dilantik SU BN baharu
- Umno keluar PN bulan ini? Zahid kata fitnah
- KJ sedia lepaskan jawatan menteri jika diarah Umno
- MKT UMNO muktamadkan esok sama ada pemimpin parti keluar kerajaan, kata Ahmad Maslan
- TERKINI: Pertemuan tertutup Zahid, Hadi sebentar tadi
- Syed Ali kembali kepada UMNO selepas lompat ke Amanah
- Tolak kerjasama kerana Bersatu tak ikhlas – Zahid
- Bersatu tidak ambil serius ancaman Umno, kata ketua Armada
- Annuar masih setia dengan UMNO, kata Shahril
- Kerajaan PN diramal tumbang dalam masa terdekat
- Annuar dedah Zahid beri sokongan bertulis pada Anwar
- Najib sound Annuar Musa, tak puas hati kena pecat, jangan tuduh dan keruhkan keadaan
- Annuar dakwa pemecatannya perlu dibuat menerusi mesyuarat BN
- Kes mahkamah zalim antara punca Umno tak puas hati dengan PN, dedah Ahmad Maslan
- Pemimpin PKR, Amanah terbuka bersama Zahid, Umno tumbangkan PN
Join our Telegram Channel