Hari bersanding merupakan salah satu hari yang bahagia buat pengantin baharu.
Tapi, kalau bekas kekasih suami atau isteri korang datang waktu majlis
bersanding tu mesti rasa kurang senang, betul tak?
Tambah lagi kalau bekas kekasih tu jenis yang tak boleh nak move on.
Tapi lain pula jadinya dengan pasangan pengantin di Indonesia ini.
Menerusi satu video yang viral dari aplikasi TikTok baru-baru ini, pengantin
perempuan tu telah memeluk bekas teman lelakinya yang turut hadir ke majlis
perkahwinan itu.
Tapi sebelum dia peluk bekas kekasih dia tu, dia siap minta izin suami dia
lagi yang duduk dekat sebelah tu. Suami dia pun rasa serba salah jer nak
geleng kepala. Kah!
Jadi, suaminya pun angguklah dan beri tanda setuju.
Dengan rasa tak bersalah, pengantin perempuan tu terus peluk je bekas teman
lelaki dia dikhalayak ramai.
Lepas je dari tu, bekas teman lelaki dia pula dengan selamba peluk pengantin
lelaki dan ucapkan tahniah.
@mayangkumay Balas @nikennalee well netizen yg terhormat semua bebas berpendapat dipersilahkan 😅 ##fyp
♬ original sound - Mayangkumay
Join our Telegram Channel