Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan peletakan jawatannya
sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Pengumuman itu sehari selepas dia memberi kata dua kepada kerajaan PN agar
segera membubarkan Parlimen atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan,
semalam.
"Pada hari ini, 4 Januari 2021 jam empat petang, saya telah menghantar surat
perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MPOH yang berkuatkuasa mulai 6
Januari 2021.
"Surat perletakan jawatan saya telah di serahkan kepada Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di pejabat nya
sebentar tadi," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Ia dilihat sebagai langkah drastik memandangkan Jazlan pada mulanya memberi
tempoh sehingga hujung bulan ini kepada PN.
Bercakap selepas mesyuarat tahunan Umno bahagian Machang semalam, dia berkata
suara akar umbi dan prinsipnya perlu ditegakkan selepas 12 bahagian Umno di
Kelantan meluluskan usul untuk tidak meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN.
"Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali perletakan jawatan dalam
kerajaan, kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,"
Jazlan yang merupakan anggota Parlimen Machang menyuarakan penghargaan atas
kepercayaan yang diberikan terhadapnya sepanjang menjadi pengerusi MPOB.
"Saya juga menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh ahli lembaga,
pegurusan dan seluruh warga MPOB di sepanjang perkhidmatan saya bersama agensi
ini," katanya.
Dilantik pada April lalu, dia adalah antara lantikan Umno yang dibuat oleh
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ke dalam syarikat berkaitan kerajaan dan
agensi kerajaan dalam usaha meraih sokongan.
Peletakan jawatan ini di saat pergeseran antara Bersatu dan Umno kembali
hangat, antaranya dengan 189 daripada 191 bahagian Umno dilaporkan membuat
keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15
(PRU15).
Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, adalah seorang lagi yang
dilantik. Dia menjadi pengerusi Prasarana Malaysia Berhad pada Mei lalu.
Sekumpulan 17 kontraktor dan firma perunding yang terlibat dalam projek LRT3
baru-baru ini mengadu yang Prasarana tidak membayar lebih RM700 juta untuk
kerja yang dilakukan sejak Julai untuk projek LRT3.
Mereka juga menyuarakan kebimbangan yang jika ia berterusan, ia akan
menyebabkan penangguhan dalam projek itu.
Sumber yang mahir mengenai perkara itu mendakwa Prasarana yang dipengerusikan
Tajuddin Abdul Rahman berbuat demikian kerana dikatakan mahu terlibat dalam
keputusan pelantikan subkontraktor untuk projek LRT3.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin
- UMNO Tangga Batu tolak Bersatu, tanding Dun dimenangi Rafiq
- Join PN lepas tu terikat, timbullah kesulitan, dah janji kenalah tunai, Tajuddin ingatkan Pas
- Umno Perak tak akan serah 5 kerusi dimenanginya pada PRU14
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- No way, UMNO P Pinang tak mahu tolak ansur dengan PPBM
- 143 dari 191 bahagian Umno tolak kerjasama dengan PPBM – Zahid
- Umno Putrajaya suarakan sokongan terhadap Muhyiddin
- Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat Annuar Musa, putus dengan Pas, Bersatu
- Gabungan Bersatu dan PAS tak mampu tewaskan Umno – penganalisis
- Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
- Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN
- Jazlan tegas letak jawatan kerajaan jika parlimen tak bubar bulan ini
- 189 Umno Bahagian tolak Bersatu
- Mas Ermieyati mahu pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah
Join our Telegram Channel