PETALING JAYA: Sebahagian besar daripada 13 bahagian UMNO Pulau Pinang menolak tolak ansur dengan PPBM, dan bertegas akan mempertahankan kerusi dimenangi “pengkhianat” parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir, dilapor Berita Harian sebagai berkata keputusan itu hasil usul yang dibentangkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian hari ini.
Katanya, UMNO negeri itu hanya mahu bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi untuk PRU-15.
UMNO Pulau Pinang yakin dengan kekuatan ahlinya dan PAS, serta bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada PRU-15.
“Ia belum dibincang, tetapi Jawatankuasa Perunding UMNO sudah memberi panduan apa yang perlu kita buat, yang mana dengan PAS kita boleh bertolak ansur, tetapi dengan PPBM ‘no way’,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam.
PPBM mempunyai sebuah kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan empat kerusi DUN di Bertam, Seberang Jaya, Teluk Bahang, serta Sungai Acheh.
Musa berkata, kerjasama UMNO dengan PPBM sebelum ini hanya untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dan berharap pucuk pimpinan parti tidak akan membuat kenyataan mengelirukan akar umbi berhubung kerjasama politik dengan parti lain.
“Tolonglah jangan kelirukan ahli UMNO dan rakyat, kita ada Majlis Kerja Tertinggi dan Biro Politik, maka gunalah saluran itu.
“Jangan buat kenyataan sampai kami di bahagian susah nak jawab apabila ahli-ahli bertanya. Kami nak bekerja dan walaupun kita kalah selama dua tahun apabila Barisan Nasional tumbang kepada PH, tidak ada satu pun cawangan ditutup.”
Beliau berkata, pihaknya tiada masalah PAS bekerjasama dengan PPBM menerusi Perikatan Nasional.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin
- UMNO Tangga Batu tolak Bersatu, tanding Dun dimenangi Rafiq
- Join PN lepas tu terikat, timbullah kesulitan, dah janji kenalah tunai, Tajuddin ingatkan Pas
- Umno Perak tak akan serah 5 kerusi dimenanginya pada PRU14
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- No way, UMNO P Pinang tak mahu tolak ansur dengan PPBM
- 143 dari 191 bahagian Umno tolak kerjasama dengan PPBM – Zahid
- Umno Putrajaya suarakan sokongan terhadap Muhyiddin
Join our Telegram Channel