Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang
timbalan pengerusi negeri sebuah parti politik.
Pemimpin itu, dakwa SPRM mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana
disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di
sebuah kementerian pada 2019.
"Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh semalam ialah dua
pengarah syarikat.
"Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta
yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas
menteri dan timbalan pengerusi tersebut.
"Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri
tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah
syarikat yang diluluskan projek berkenaan," kata suruhanjaya itu pada
kenyataan hari ini.
Menurut SPRM, setakat ini beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77
juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak
- Proksi Xavier Jayakumar ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas
- Xavier Jayakumar umum keluar PKR serta-merta, sokong PN selepas proksi ditahan SPRM
- Tinggal PKR sokong PN, Xavier utamakan rakyat – Hamzah
- Selepas Xavier lompat, adakah siasatan dihentikan? – Shahril
Join our Telegram Channel