Dua bekas Adun DAP masuk Bersatu



ADUN Perak Paul Yong (Tronoh) dan A Sivasubramaniam (Buntong) dilaporkan menyertai Bersatu.

Kedua-dua mereka merupakan anggota DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu untuk menyokong Perikatan Nasional.

Sivasubramaniam menyertai Gerakan pada bulan Jun, manakala Yong sebelum inni memilih menjadi Adun bebas.


Dengan keluarnya Sivasubramaniam, Gerakan tidak mempunyai wakil rakyat.

Setiausaha Bersatu Perak, Zainol Fadzi mengesahkan keahlian mereka ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

[Berita penuh menyusul] – Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram