Tular di media sosial video seorang anggota penguatkuasa DBKL memaki hamun
orang awam dengan perkataan 'bodoh' selain turut merosakkan telefon pintar
milik individu tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku ketika individu tersebut sedang membuat rakaman
operasi DBKL membenteras peniaga warga asing di ibu nagara pagi tadi.
Video berdurasi lebih 6 minit itu juga memaparkan sedikit pertengkaran mulut
antara individu terbabit dengan pihak berkuasa.
Salah seorang penguatkuasa DBKL telah merampas telefon individu tersebut
yang sedang membuat rakaman lalu menghempaskan ke lantai.
Menurut individu tersebut, telefon yang baharu sahaja dibeli itu telah pecah
'screen' akibat dihempas oleh penguatkuasa DBKL tadi.
Insiden itu menarik perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa tidak
puas hati dengan perbuatan anggota penguatkuasa terbabit.
Difahamkan, pihak polis telah memanggil individu terbabit yang dikenali
sebagai
Ben Mie
ke balai untuk membantu siasatan mengenai kejadian tersebut. – KL Viral /
Cinca
Please subscribe
Join our Telegram Channel