Seorang wanita di Desa Lebung Itam, Indonesia meracuni ibu mertuanya sehingga
meninggal dunia.
Kejadian ini berlaku disebabkan suspek tidak tahan lagi gara-gara sering
dimarahi oleh ibu mertuanya.
Tribun News melaporkan wanita itu bertekad meracuni ibu mertuanya dengan
mencampur racun biawak ke dalam ikan yang dimasak khas untuk ibu mertuanya
yang berusia 61 tahun.
Laporan turut menunjukkan bahawa bukan sahaja ibu mertuanya yang menemui ajal,
tetapi tiga ekor kucing yang dimiliki oleh ibu mertuanya juga ditemui mati
dengan kesan mulut berbuih.
Suspek wanita berusia 45 tahun itu dikatakan tinggal bersama mangsa dan mereka
sering bergaduh.
Ketika ditahan oleh pihak polis, dia mengaku melakukan jenayah terbabit.
“Setelah ditanya, ternyata pelakunya, Dewi Asmara, mengaku telah menambahkan
sebanyak sesudu racun biawak ke dalam makanan ibu mertuanya,” kata Ketua Polis
Ogan Komering Ilir, AKBP Alamsyah Pelupessy.
Join our Telegram Channel