Bekas perdana menteri Najib Razak berkata tuduhan yang mengaitkan dia
mempunyai skandal dengan seorang artis akhirnya terjawab.
Tanpa menyebut nama artis berkenaan, Najib memuat naik artikel jawapan Ziana
Zain menjawab gosip yang mengaitkannya dengan “VIP ternama”.
"Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab.
"Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia (Ziana),"
katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Hantaran itu disertakan pautan artikel yang melaporkan Ziana menjawab dakwaan
dia mempunyai hubungan sulit dengan VIP ternama.
Menurut laporan Astro Awani Ziana membuka mulut menjawab tohmahan berkenaan
selepas lebih 20 tahun gosip terbabit berlegar.
Ketika ditemu bual, Ziana berkata dia berdepan dengan gosip berkenaan ketika
berada di puncak populariti.
"Bila kita tengah top orang akan cuba menggosipkan kita dengan perkata-perkara
yang kita tidak pernah buat," kata Ziana dalam temu bual berkenaan.
Join our Telegram Channel