PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-undang), Takiyuddin Hassan, membayangkan masa “sudah hampir” untuk
Parlimen bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad
Shah bertitah ia harus diadakan secepat mungkin.
Takiyuddin berkata, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan
namun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan bahawa sidang dewan
rakyat itu boleh diadakan paling awal September ini.
“Agong tidak menitahkan perlu diadakan pada bulan berapa dan sekian. (Baginda)
menyatakan secepat mungkin. Perdana Menteri pun ada menyatakan Parlimen akan
dibuka dalam bulan September atau Oktober. Sekarang ini pun kita sudah hampir
penghujung Jun. Sudah hampir dan kita pasti akan adakan Parlimen,” katanya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan
secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Dalam kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil
Shamsuddin, berkata Sultan Abdullah menyedari peranan penting Parlimen untuk
membincangkan isu berkaitan Covid-19.
Pendirian Agong itu memperoleh sokongan Raja-Raja Melayu, pada mesyuarat
dengan baginda petang tadi.
Takiyuddin berkata, semua pihak menerima baik pandangan Agong mengenai
keperluan mengadakan sidang Parlimen bagi memerangi wabak Covid-19 dengan
lebih berkesan.
Beliau mengingatkan supaya Ahli Parlimen patuh dengan titah Yang di-Pertuan
Agong untuk memberi perhatian hanya kepada isu berkaitan pandemik Covid-19.
“Jangan nanti bila sampai Parlimen kita macam biasalah bincang benda lain.
Tuanku titah soal Covid-19 (jadi) kita fokus dengan Covid-19,” katanya.
Takiyuddin berkata, kerajaan sebelum ini mengatur perancangan untuk mengadakan
sidang Parlimen secara maya kerana negara masih dibelenggu pandemik.
Beliau berkata, sidang Parlimen terbuka membawa risikonya tersendiri.
“Jika Agong minta bersidang kita kena bersidang, tetapi kita masih berdepan
dengan Covid-19. Kalau ikutkan nak adakan Parlimen ia akan melibatkan
sekurang-kurangnya 1,000 orang termasuk (wakil rakyat), pegawai mereka,
petugas Parlimen dan lain-lain.
Katanya, butiran mengenai sidang Parlimen secara maya belum diumumkan “sebab
kita masih dalam kajian di peringkat akhir.”
Takiyuddin berkata demikian pada wawancara anjuran Harakah. Beliau yang juga
Setiausaha Agung PAS berkata, perisytiharan darurat pada Jan lalu membantu
mengekang penularan wabak Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN:
- AGONG: Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin
- Majlis Raja-Raja: Tiada keperluan sambung darurat selepas 1 Ogos
- Agong tak tetap bulan berapa buka Parlimen, kata Takiyuddin
- UMNO sokong Agong, buka Parlimen, tamatkan darurat, tuntut bantuan untuk rakyat – Zahid
- Agong, Raja-Raja tak puji pentadbiran PN – Najib
- Agong suruh segerakan sidang Parlimen, pemimpin PPBM kata macam binatang politik
- Takiyuddin mungkin dipanggil beri keterangan, kata Hamzah
- DARURAT: Agong boleh arah parlimen bersidang tanpa nasihat PM
- Ahli Parlimen boleh bersidang dalam kilang sebab sana selamat – Najib
- Buka Parlimen dalam masa 14 hari, atau... – Zahid
- PAS dikecam cuba ajar Agong, Majlis Raja-Raja
- TERKINI: Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari
Join our Telegram Channel