KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan anggota-anggota Biro
Politik UMNO terdiri daripada 26 orang.
Mereka ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk
Seri Mohamad Hasan; tiga naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua
puteri.
Selain itu, Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ketua
Penerangan dan Bendahari UMNO, 13 pengerusi perhubungan negeri dan setiausaha
kerja.
Ahmad berkata, Biro Politik UMNO telah mengadakan mesyuarat secara maya pada
Ahad lalu, dihadiri seramai 25 orang kecuali Datuk Seri Mahdzir Khalid yang
tidak sihat.
”Pagi Isnin 21/6/21 Presiden keluarkan kenyataan media berhubung keputusan
mesyuarat 20/6.
”Style DS @DrZahidHamidi ialah keputusan besar dibuat secara bersama,”
katanya.
Kenyataan beliau dipercayai kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan
Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertikaikan kenapa Biro
Politik UMNO memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen dalam masa
14 hari dan bukan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Menurutnya, PNBBC menyokong pengzahiran Agong mahu sidang Parlimen diadakan
segera namun berpendapat ia perlu dibuat mengikut peraturan iaitu diberi
tempoh selama 28 hari bagi membolehkan ahli Parlimen bersiap sedia dengan
soalan dan cadangan bagi membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Buka Parlimen dalam masa 14 hari, atau... – Zahid
- TERKINI: Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari
- Najib pertahan Zahid, Parlimen boleh bersidang notis 14 hari, jangan tipu rakyat
- Ahmad Maslan dedah senarai Biro Politik UMNO yang buat keputusan keluar PN
- Tolak pemimpin derhaka titah Agong, Raja-Raja – Najib
Join our Telegram Channel