Aku bayar RM1000 kalau ada bukti aku kena reman – Anju



SEJAK semalam ruangan komen di media sosial pelakon Zarina Anjoulie dan Instagram @mstaronlineofficial dihujani dengan pelbagai andaian dan telahan membabitkan seorang selebriti wanita dicekup kerana positif dadah jenis methamphetamine.

Semuanya gara-gara laporan berkaitan serbuan kes dadah oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai ke rumah seorang selebriti wanita berusia 34 tahun di Kampung Chalet Nilai, Negeri Sembilan.


Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun nama pelakon yang sering dihimpit kisah kontroversi dan sensasi itu menjadi sasaran.

Mengulas mengenai situasi itu, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju berkata dia hairan dengan dakwaan kononnya dilihat berada di IPD Nilai selain dikatakan direman bagi membantu siasatan.


"Orang cakap ada gambar viral aku kat balai... gambar tu aku kena gari ke?

"Sekarang ni hari-hari pun aku pergi balai sebab ada kes sedang berjalan tentang isu lain," katanya menerusi sesi Instagram live pada Rabu. – Mstar 





Join our Telegram Channel
Telegram