Bukan Yas yang tahi sangat, dia yang main dadah, kata bekas laki Anju



KUALA LUMPUR : Tular hari ini satu kenyataan dipercayai petikan perbualan milik bekas suami Zarina Anjoulie, Eliyas Azhara, 20-an, berkenaan kelakuan pelakon tersebut yang didakwanya gagal meninggalkan tabiat buruk menerusi penyalahgunaan dadah. 

Dalam kenyataan tersebut, individu dipercayai Eliyas itu juga mendakw kegagalan tersebut menjadi satu daripada punca dia dan bekas isterinya itu bercerai buat kali kedua sekitar awal tahun lalu.

“Bukan Yas ‘tahi’ sangat. Dia yang main dadah, itu sajalah nak cakap. Dah. Malas nak cakap lebih-lebih.


“Lepas rujuk, kami ini ada perjanjian. Apa yang perlu kami buat. Tapi dia langgar semua janji dia. Yas buat semua yang dia nak, tapi sebab dadah saja, itu saja.

“Orang luar bukan tahu. Sebelum rujuk itu pun, banyak usaha yang Yas buat,” kata individu yang dipercayai Yas itu.

Terdahulu, nama Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa merupakan selebriti yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, kelmarin selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Menerusi laporan Utusan Malaysia semalam, Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.


“Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Untuk rekod, Zarina dan Elyas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 10 Februari lalu.

Pun begitu, kedua-duanya kembali merujuk semula pada 2 Mac 2021 dan perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagram masing-masing sebelum kembali mengejutkan ramai pihak menerusi perceraian kali kedua mereka dipercayai sekitar April lalu.

Sebelum Elyas, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia 6 tahun. – Utusan


 

Join our Telegram Channel
Telegram