Sebagai kakitangan warga KKM, saya mengesahkan bahawa amalan "siapa makan
garam terlebih dahulu" bukanlah amalan yang dipraktiskan di Malaysia secara
membuta tuli.
Tak kira di UK mahupun di Malaysia, terdapat beberapa peringkat seniority. Dan
sudah pasti, pandangan dan pendapat mereka yg lebih senior dan berpengalaman
diraikan. Ini norma dimana jua kita berada.
Dalam lapangan saya selaku pakar radiologi, kami sentiasa berdiskusi antara
satu sama lain dalam apa jua kes yang sukar. Semua pandangan dari consultant,
senior dan junior diambil kira.
Dan saya juga mengambil pandangan dari para junior saya. Dan tidak sedikit pun
merasakan ianya perbuatan yang hina.
Ketua jabatan saya juga pernah beberapa kali meminta pandangan kami semua dan
beliau juga menerima dan melaksanakan pandangan yang kami sarankan.
Ini membuktikan bahawa setiap keputusan kami adalah dari pandangan secara
kolektif. Bukan ditentukan melalui siapa yang makan garam terlebih dahulu.
Dan ini adalah amalan yg norma di Malaysia. Bukan sebagaimana yang beliau
dakwakan.
Walaubagaimana pun, saya menerima pandangan dan teguran Dr Amalina. Ini sekali
lagi membuktikan bahawa saya selalu senior yang banyak makan garam dari Dr
Amalina menerima kritikan dan pandangan Dr Amalina.
Satu lagi bukti keterbukaaan di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana Dr Muhaya
dikritik dengan hebat oleh para Dr celebriti yang tak cukup makan garam (jauh
lebih junior) dari beliau. Dan Dr Muhaya tidak malu untuk memohon maaf jika
kenyataan beliau menyebabkan para Dr celebriti terasa hati.
Bukankah ini menunjukkan amalan "siapa makan garam" di Malaysia bukanlah satu
amalan biasa di Malaysia?
ARTIKEL BERKAITAN:
- Biarlah macam bodoh2 sikit baru perempuan cepat jodoh, kata Prof Muhaya
- Mungkin Prof Muhaya tersilap cakap tapi tak padan nak banding dengan Dr Amalina – Netizen
- Doktor KKM jawab hinaan Dr Amalina terhadap amalan doktor di Malaysia
- Bekas Atlet Gimnas Negara Dr Farrah Hani jika dibandingkan dengan Dr Amalina macam langit dengan bumi
Suka-suka je hina doktor Malaysia. |
Dulu janji nak berbakti kepada tanah air tapi haprak. |
Join our Telegram Channel