JOHOR BAHRU: Pas Johor meluahkan rasa kesal dan mengecam kempen kibar bendera putih yang disifatkan sebagai bermotif politik sedangkan pelbagai bantuan boleh dimohon secara terus daripada agensi kerajaan.
Ketua Penerangannya, Rusman Kemin berkata, pihaknya kecewa kerana pembangkang mengambil kesempatan berpolitik dalam keadaan hidup rakyat tertekan kesan daripada pandemik Covid-19.
Jelasnya, perkara yang dikesalkan adalah pembangkang tidak henti-henti berpolitik sedangkan kerajaan berhempas-pulas menangani masalah negara.
“Sebelum ini mereka menghasut rakyat dengan dakwaan kerajaan gagal, namun Alhamdulillah dengan penjelasan yang diberi menteri-menteri, rakyat faham dan tidak terpengaruh dengan dakyah mereka.
“Kini mereka menggunakan strategi baharu dengan menghasut rakyat supaya menaikkan bendera putih sebagai tanda putus bekalan makanan sedangkan ada berbagai-bagai agensi di bawah kerajaan sebagai tempat untuk rakyat mengadu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Rusman, suasana gawat akibat wabak Covid-19 boleh diumpamakan seperti musuh luar yang menyerang dan sepatutnya semua pihak bersatu dalam menanganinya.
“Negara ini milik kita bersama, pada waktu inilah memerlukan kepada kewarasan dan kematangan berfikir untuk mendahulukan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri.
“Semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang perlu berganding bahu bantu membantu bagi menyelesaikan masalah bukan dengan mengeruhkan lagi keadaan,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kempen kibar bendera putih jika putus bekalan makanan dapat sambutan
- Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih – Nik Abduh
- Kempen kibar bendera putih bermotif politik – PAS
- Beras habis, 3 hari hanya kunyah biskut, ibu tunggal kibar bendera putih
- Kerajaan PAS Kedah tidak iktiraf bendera putih
- Mufti P.Pinang tidak setuju kempen bendera putih
- Lagi pemimpin PAS kurang senang kempen #BenderaPutih
- Mufti Wilayah tegur PAS isu kibar #BenderaPutih
- MB Kedah dilapor enggan hantar bantuan kepada mereka yang kibar #BenderaPutih
- Kibar #BenderaPutih boleh gugat akidah umat Islam
- Sepatutnya ajar rakyat sabar, jadi kuat, gagah, bukan kibar #BenderaPutih – Timb Menteri
- Jangan malas harap bantuan #BenderaPutih je kata Datuk Vida
Join our Telegram Channel