Najib pertahan Zahid, Parlimen boleh bersidang notis 14 hari, jangan tipu rakyat



Yang pernah tadbir negara patut faham proses Parlimen bahawa peraturan bagi notis 28 hari sebelum parlimen memulakan persidangan juga boleh diketepikan bawah Peraturan Mesyuarat 9(2)(a).

Tak kira kerajaan mempunyai kuasa penuh Darurat atau tidak, jika sesebuah kerajaan tak mampu mengatasi segala isu perundangan dan peraturan yang ditetapkan sendiri bagi menurut titah Majlis Raja-Raja untuk menghadapi keadaan amat kritikal pada Rakyat, jangan harap nak menyelesaikan masalah Rakyat atau harap mentadbir negara dengan baik.

Takde ke mereka pernah dengar frasa sesi parlimen tergempar ke?


Jika tak mahu guna peraturan mesyuarat sedia ada untuk ketepikan tempoh minima notis 28 hari pun tak apa.

Ordinan Darurat boleh:
  • ambil alih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan swasta,
  • gantung Akta Kewangan untuk benarkan kerajaan belanja sesuka hati,
  • pinda kompaun maksima langgar SOP dari RM1k ke RM10k,
  • pinda akta KWAN untuk korek berbilion-bilion dari tabung KWAN,
  • gubal undang-undang khusus berita palsu dengan denda RM100k dan penjara 3 tahun,

..tapi tak boleh pulak ketepikan notis 28 hari untuk bersidang?


Nak tipu siapa?

Nak gaduh tentang isu minimum 14 hari ke 28 hari pun tak berbaloi.

Sebab persoalan utama bukan isu tempoh 14 hari atau 28 hari tapi adakah kamu sudah hantar notis ke belum?

– Najib Razak


ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram