PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada.
“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik, baik Ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.
“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing.
Selain itu, RM10 juta juga diperuntukkan bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Kosmo
ARTIKEL BERKAITAN:
- BPR tambahan RM500 dibayar mulai esok
- KWSP: Boleh keluar i-Citra sehingga RM5000
- Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai
- Bantuan Khas Covid-19: B40 dapat RM500, M40 dapat RM250, bayar Ogos
- Diskaun bil elektrik 3 bulan hingga 40 peratus bermula Julai
- Peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen
- Data percuma satu gig sebulan diteruskan
- Terima kasih tapi kalau bayar i-Citra Ogos masa tu rakyat dah tercekik, ini cadangan Najib...
Join our Telegram Channel