Tentera Siber Pas menganggap media penerangan parti itu sangat lemah dari
sudut penyampaian dan fakta sehingga ahli bawahan seringkali dihentam
menyebabkan mereka berundur dan menyepi tidak mempertahankan parti sendiri.
Menerusi Facebook
PAS CyberTrooper, pengendali akaun itu mendakwa, segelintir menteri Pas gagal memahami skop
kerja dan lambat menjawab isu yang terpalit sehingga menjadi barah baru
‘terhegeh’ mahu menjawab.
Tentera siber Pas itu juga mengulas tindakan tidak wajar Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan
yang mengulas isu titah Yang di-Pertuan Agong sehingga diserang dan disiasat.
“Lihat Harakah sudah lah bulan ini saja berapa kali padam berita, jadi macam
mana ahli bawahan ini tak kena hentam? Akhirnya ahli-ahli bawahan berundur dan
menyepi, salah siapa?
“Lihat Yb Takiyuddin, pandai-pandai ulas titah Agong akhirnya kena serang dan
disiasat. Patutnya siaran langsung hari itu beliau perlu memberi jawapan
selamat sekurang-kurangnya menyatakan ‘kerajaan akan berbincang’. Buat live
elok dah tapi jawapan kelaut,” tulis Facebook itu.
PAS CyberTrooper juga mengkritik tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengulas kenaikan minyak
yang bukan di bawah kendaliannya.
Menurutnya, menteri Pas itu tidak mahu mengulas isu Lembaga Getah Malaysia
(LGM), tetapi isu kenaikan minyak masak pula yang dijawabnya.
“Ini tidak, isu LGM tak mahu ulas tapi isu kenaikan harga minyak masak pula
dia tolong terangkan sedangkan harga minyak masak di bawah KPDNHEP iaitu
menteri Alenxander Nanti Linggi, patutnya beliau yang kena jelaskan. Ini tak
pasal-pasal rakyat hentam Khairuddin dan parti Pas,” tulis hantaran Facebook
itu.
Admin tentera siber parti Islam itu juga berkata, mereka terpaksa menghantar
mesej kepada Khairuddin untuk mendapatkan maklumat sebenar berkaitan LGM
supaya mereka boleh pertahankannya, tetapi mendakwa tiada jawapan dari
menteri.
“Tapi sampai kesudah tak ada jawapan. Akhirnya terpaksa Google sana sini, buka
web LGM untuk tahu maklumat. Sampai ke tahap itu.
“Kadang-kadang perlu jadi ‘fighter’ seperti Menteri Besar Kedah, bila ada isu
terus buat sidang media. Berapa banyak isu dia ‘fight’? Kuil hindu, air,
isu-isu fitnah semua dia jawab, sekurangnya rakyat tahu apa yang sedang
berlaku,” luahnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel