BANGKOK: Selepas disenaraikan sebagai ‘haram’ selama beberapa dekad, Thailand bakal membenarkan penggunaan mitragyna speciosa, juga dikenali sebagai ketum, sebagai perubatan tradisional menjelang Ogos ini.
Menurut laporan Bangkok Post, pengumuman pada 28 Mei lalu oleh Royal Gazette secara efektif mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai narkotik.
Oleh kerana undang-undang baharu itu berkuat kuasa 90 hari selepas diwartakan, penggunaan dan pemilikan ketum dikriminalisasi pada 24 Ogos ini.
Sebelum ini, ketum dikategorikan sebagai Narkotik Kelas 5 iaitu memakan, mengusahakan dan memilikinya adalah satu kesalahan.
Menteri Kehakiman, Somsak Thepsutin berkata, walaupun ketum akan dibenarkan di negara ini, penduduk tidak perlu terburu-buru menanamnya.
Menurut beliau, ini kerana Akta Ketum perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu.
Beliau menambah, penggunaannya melibatkan individu di bawah usia 18 tahun tetap dilarang.
Join our Telegram Channel