Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak berbalah mengenai keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan.
Katanya, seramai 50 daripada 56 anggota Majlis Tertinggi telah menandatangani borang untuk menyatakan persetujuan mereka sebelum mesyuarat diadakan pada minggu lalu.
Pada 7 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin yang dikatakan gagal membendung penularan Covid-19.
Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan secara maya.
Ahmad Maslan berkata, ada di kalangan ahli Majlis Tertinggi yang berbeza pendapat tentang bilakah Umno perlu menarik kembali sokongannya terhadap Muhyiddin, yang kini memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat.
Dia mendakwa segelintir ahli Majlis Tertinggi mahu perkara itu ditangguhkan.
"Ada yang cadangkan kita harus melakukannya ketika parlimen bersidang semula, atau waktu lain," katanya kepada The Star.
Parlimen dijadualkan bersidang semula pada persidangan khas pada 16 Julai.
Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari dari 26 Julai hingga 2 Ogos, manakala Dewan Negara akan bersidang selama tiga hari mulai 3 Ogos.
Parlimen digantung berikutan pengisytiharan darurat pada 12 Januari berikutan lonjakan kes Covid-19.
Namun, pembangkang mendakwa Muhyiddin mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Majlis Tertinggi Umno berhak menafsirkan keputusan Perhimpunan Agung Umno, yang memberi mendat kepada presiden dan Majlis Tertinggi untuk memutuskan masa yang sesuai bagi menarik sokongan kepada perdana menteri.
Menjawab pertanyaan apakah penarikan sokongan itu bermaksud menteri Umno dalam kabinet Muhyiddin juga harus mengundurkan diri, dia berkata parti itu hanya mahukan perdana menteri berundur.
"Itulah yang kita minta, kita tidak pernah minta orang lain mengundurkan diri," tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- UMNO tarik semula sokong, keluar PN serta merta
- UMNO tegas tidak calonkan Anwar, DAP
- Ku Li sedia jadi PM interim demi kepentingan rakyat
- Kenderaan bawa peguam negara, menteri ke rumah PM
- Arah menteri UMNO resign dulu, bukan desak PM berundur, kata Presiden MIC kepada Zahid
- Dulu Muhyiddin jatuhkan Pak Lah tapi dia tak letak jawatan menteri pun
- 44 dari 46 MT UMNO setuju henti sokong Muhyiddin
- PN hilang majoriti, PM hanya ada dua pilihan, letak jawatan atau bubar Parlimen
- UMNO Melaka sokong keputusan MT, Presiden henti sokong Muhyiddin
- Hadi: PAS kesal dengan UMNO, sokongan kepada PM tak belah bahagi
- Alhamdulillah kerajaan zalim akan tumbang, Ahli PAS syukur UMNO tinggalkan PM
- Ismail Sabri dedah Mahiaddin bersekongkol dengan DAP secara sulit – Puad
- UMNO tak boleh jadi pak sanggup tadah kegagalan kerajaan PN – Zahid
- TERKINI: MP Cameron Highlands, Jerantut tarik sokongan pada Muhyiddin
- Kerajaan PN masih sah, kata Takiyuddin
- 50 ahli MT Umno mahu Muhyiddin berundur, dakwa Ahmad Maslan
Join our Telegram Channel