KUALA LUMPUR – Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi tumpuan awal pagi ini PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, berbanding mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur, kata Presiden MIC, SA Vigneswaran.
Vigneswaran bagaimanapun berpendapat desakan Umno keluar daripada kerajaan ketika ini tidak akan berjaya kerana didakwa semua Menteri Barisan Nasional (BN) di dalam kerajaan PN tidak bersetuju untuk melepaskan jawatan masing-masing.
“Kita tengok apakah tindakan Umno terhadap Ahli Parlimen yang tidak bersetuju terhadap keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata, desakan Zahid yang juga Pengerusi BN disifatkan tidak jelas dan tiada hala tuju.
“Umno sebuah parti yang matang, mereka pun tahu… dulu ketika memerintah banyak kali desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri mereka berundur, mereka tak buat pun sebab mereka tahu itu hanya desakan,” katanya.
Zahid ketika mengumumkan pendirian parti itu tengah malam tadi untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin menyenaraikan tujuh sebab ia berbuat demikian yang kesemuanya berkaitan “kegagalan” kerajaan.
Beliau berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkannya pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata, parti itu akan terus menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN:
- UMNO tarik semula sokong, keluar PN serta merta
- UMNO tegas tidak calonkan Anwar, DAP
- Ku Li sedia jadi PM interim demi kepentingan rakyat
- Kenderaan bawa peguam negara, menteri ke rumah PM
- Arah menteri UMNO resign dulu, bukan desak PM berundur, kata Presiden MIC kepada Zahid
- Dulu Muhyiddin jatuhkan Pak Lah tapi dia tak letak jawatan menteri pun
- 44 dari 46 MT UMNO setuju henti sokong Muhyiddin
- PN hilang majoriti, PM hanya ada dua pilihan, letak jawatan atau bubar Parlimen
- UMNO Melaka sokong keputusan MT, Presiden henti sokong Muhyiddin
Join our Telegram Channel