PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis sensasi, Caprice menepis dakwaan ramai
yang menyifatkan dirinya mengalami masalah kesihatan mental dan depresi
berikutan pendedahan permasalahan yang dihadapi dengan pendakwah terkenal
Ustaz Ebit Lew (UEL) kepada umum.
Caprice menerusi hantaran Instagramnya memberitahu situasi yang dialaminya
ketika ini bukanlah berpunca daripada depresi seperti yang dilabelkan netizen
tetapi lebih cenderung kepada kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak
luar.
“Sekarang pukul tiga pagi (waktu tempatan) dan saya tidak boleh tidur. Ramai
cakap saya mengalami depresi dan kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat
tidur sejak tiga bulan lalu.
“Bagi saya, ini bukan isu depresi tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang
sedang dilakukan. Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan
‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya.
Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” kata pemilik nama sebenar Ariz Ramli
itu.
Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir menegaskan, dia terpaksa meluahkan
kekecewaan memandangkan hubungannya dengan seorang individu yang pernah
dihormatinya suatu ketika dahulu kini renggang natijah campur tangan pihak
luar.
Malah, dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih seperti
dahulu.
“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama
dengan perkara yang berlaku di Gaza.
“Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan ahli politik.
Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.
Dalam hantaran sama, dia turut mendedahkan pernah mempunyai perancangan
bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama.
Namun, perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan
pihak lain yang didakwa ahli politik.
“Ketika tiba di Cairo, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza
bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada tangan ahli politik yang masuk
campur.
“Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi bergini kerana
terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.
“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada
tangan dari luar yang tak mahu lihat saya masuk,” ujarnya.
Terdahulu, dalam sesi siaran langsung semalam, Caprice turut memberitahu dia
juga enggan pulang ke tanah air selagi kerajaan tidak bertukar.
“Rakyat Malaysia dianaiya, kita sentiasa berjuang untuk rakyat Malaysia. Tapi
saya tak nak balik sebab apa yang saya dapat tahu di tanah suci, saya tidak
boleh terima kerajaan hari ini,” katanya.
Susulan sesi Live tersebut, orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan
kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal.
Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas
dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza, Palestin.
Malah, dia turut mendedahkan UEL telah menyekatnya dalam Instagram serta
memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masik ke
Gaza sheingga hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Caprice, Ustaz Ebit Lew gaduh teruk, ini sebenar puncanya... (16 gambar)
- [Video] Caprice menangis cerita pada Sharnaaz hal Ustaz Ebit berak di Gaza
- Pembantu Ebit Lew jawab fitnah Caprice, mana ada ustaz melutut cium kaki menteri Gaza
- Firdaus Wong sokong Caprice
- TMJ pertahan Ebit Lew kecam Caprice
- Campur tangan politik punca tak dapat masuk Gaza bersama Ebit Lew, dakwa Caprice
- I stand with you, Ebit Lew – Najib Razak
- Mesir tak izin rombongan Azeez, Caprice masuk ke Gaza
- Netizen tanya Caprice tak ikut Azeez Rahim agih bantuan di kem pelarian Gaza ke?
- Netizen pelik PA Ustaz Ebit Lew tak cucuk vaksin tapi dapat ke luar negara
- Saya sedih bila orang nak cari gaduh dengan saya, cakap bukan-bukan terhadap saya, kata Ebit Lew
- Cara Ustaz Ebit Lew masuk ke Gaza salah, dakwa Nadir
- Caprice mintak maaf pada TMJ, Ebit Lew, Hishammuddin, Azeez Rahim
Please subscribe
Join our Telegram Channel