Caprice menangis cerita pada Sharnaaz hal Ustaz Ebit berak di Gaza



Sedia maklum, Caprice telah melaksanakan misi kemanusian ke Gaza dan Mesir bermula pada 23 Jun 2021.

Terbaharu, Caprice dikhabarkan mahu membuat pendedahan keadaan sebenar dan apa yang berlaku dengan misi di Gaza dalam masa terdekat. Hal itu diberitahu Caprice menerusi Instagram miliknya.

Melalui perkongsian di live video bersama Sharnaaz Ahmad, Caprice mendakwa kumpulan sebelumnya iaitu kumpulan Ustaz Ebit Lew telah 'berak' di Gaza yang menyebabkan beliau sehingga ke hari ini masih dilarang untuk masuk.


Di dalam video berdurasi lebih 20 minit itu Caprice dilihat kecewa dengan Ustaz Ebit Lew dengan beberapa isu seperti melakukan photoshoot ketika memberikan sumbangan yang mana mengguris penduduk Gaza.

Ustaz Ebit dikatakan telah membuat onar di tanah Gaza yang menyebabkan perkara itu menjadi isu di sana sehingga memaksa Caprice untuk melaporkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice turut mengatakan permohonan maafnya kepada rakyat Malaysia dan bersedia untuk ‘mengadaikan’ nyawa demi menceritakan hal sebenar.


Bukan itu sahaja, Caprice yang membalas komen netizen turut mengatakan bahawa beliau harus berkongsi perkara sebenar dari Gaza kerana beliau merasa tidak akan dapat pulang memikirkan keselamatannya.

Caprice sempat sebak dan menangis dengan apa yang berlaku di Gaza ketika sesi live video bersama Sharnaaz.

Bagaimanapun Caprice seperti tertahan-tahan tidak menceritakan semuanya namun berjanji akan mendedahkan semuanya pada 21 Julai nanti.

Sama-sama kita nantikan pendedahan Caprice tidak lama lagi. – cinca.news


ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe


































Join our Telegram Channel
Telegram