Bermula dengan pembabitan dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di
Gaza pada tahun 2013, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ini merupakan
individu yang sangat dikenali ramai terutama mereka yang hendak masuk ke
Gaza.
Nadir yang sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang balu pejuang
Palestin, Reem Al-Minawi ini dilihat membela nasib anak yatim yang kematian
bapa mereka semasa peperangan menentang zionis.
Terbaru, viral satu rakaman video di Tiktok mengenai luahan Nadir berhubung
isu Ustaz Ebit Lew dan delagasinya yang masuk ke Gaza baru-baru ini.
Video tersebut juga dipercayai mempunyai hubung kait dengan isu yang sedang
viral sekarang ini.
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. |
“Team ustaz Ebit Lew ada hubungi saya untuk sampaikan sumbangan di bumi
Gaza. Tapi bila kita dah bagi proposal tidak dibalas.
“Tiba-tiba saya dengar mereka dah sampai di Cairo. Bila mereka sampai di
Cairo, mereka telah menghubungi NGO kita di Malaysia dan bertanya macam mana
nak masuk.
“Kami beritahu memang tak boleh masuk. Gaza ni bukan macam Afrika, bukan
macam Sabah dan bukan macam tempat-tempat lain yang kita boleh pergi dan
terus buat kerja.”
Menurut Nadir, semua negara mempunyai tuan rumah, badan bukan kerajaan (NGO)
dan pusat zakatnya sendiri.
Jadi, kaedah yang dilakukan oleh Ustaz Ebit dan pasukannya dipercayai tidak
tersusun semasa melakukan misi kemanusiaan tempoh hari.
Ujar Nadir, niat ustaz tersebut dan pasukannya sudah betul. Cuma, pasukan
Ustaz Ebit didakwa perlu lebih ‘berorganisasi’. Nadir juga memberitau dia
tidak menyalahkan Ustaz Ebit dalam isu tersebut.
“Apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit ialah dia beli barangan di Cairo dan
dihantar masuk ke Gaza. Itu tak ada masalah. Cuma yang jadi masalah apabila
seseorang individu masuk ke Gaza.
“Selalunya ramai individu akan beri bantuan kewangan sahaja dan kami akan
beli barangan tersebut dalam Gaza. Sebab kita boleh perkasa ekonomi di bumi
Gaza.”
Tambah Nadir, pihaknya tidak ada masalah apabila mendapat barangan yang
dihantar oleh Ustaz Ebit. Tetapi pihak tersebut perlu tahu bahawa kesemua
barangan yang dihantar boleh didapati dalam Gaza sendiri.
Mengulas lebih lanjut, Ustaz Ebit dan pasukannya mungkin tidak akan berdepan
dengan sebarang risiko ketika berada di sempadan sekiranya mereka membeli
semua barang tersebut di dalam Gaza.
“Mereka semua serang NGO dan berkata lebih baik tidak payah hantar sumbangan
ke pihak NGO dan hantar sahaja ke Ustaz Ebit.
“Kami di bumi Gaza hari-hari berbincang agar semua benda itu lebih tersusun
dan terancang. Namun, semuanya disalah ertikan.”
Di akhir video tersebut, Nadir memberitahu bahawa dia berasa terkilan
apabila ramai NGO diserang oleh netizen dan penduduk di Malaysia.
Jelas Nadir, masyarakat di luar sana tidak tahu bahawa mereka akan
berbincang setiap hari dengan Kementerian Pembangunan dan Masyarakat,
Kementerian Kesihatan dan beberapa kementerian yang lain mengenai keperluan
masyarakat di bumi Gaza. – OhBulan
ARTIKEL BERKAITAN:
- Caprice, Ustaz Ebit Lew gaduh teruk, ini sebenar puncanya... (16 gambar)
- [Video] Caprice menangis cerita pada Sharnaaz hal Ustaz Ebit berak di Gaza
- Pembantu Ebit Lew jawab fitnah Caprice, mana ada ustaz melutut cium kaki menteri Gaza
- Firdaus Wong sokong Caprice
- TMJ pertahan Ebit Lew kecam Caprice
- Campur tangan politik punca tak dapat masuk Gaza bersama Ebit Lew, dakwa Caprice
- I stand with you, Ebit Lew – Najib Razak
- Mesir tak izin rombongan Azeez, Caprice masuk ke Gaza
- Netizen tanya Caprice tak ikut Azeez Rahim agih bantuan di kem pelarian Gaza ke?
- Netizen pelik PA Ustaz Ebit Lew tak cucuk vaksin tapi dapat ke luar negara
- Saya sedih bila orang nak cari gaduh dengan saya, cakap bukan-bukan terhadap saya, kata Ebit Lew
- Cara Ustaz Ebit Lew masuk ke Gaza salah, dakwa Nadir
- Caprice mintak maaf pada TMJ, Ebit Lew, Hishammuddin, Azeez Rahim
Join our Telegram Channel