Dr Maza bengang Mahiaddin batal darurat, sia-sia lantik kami Jawatankuasa Bebas Darurat



Mufti Perlis Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin hari ini membuat satu hantaran di media sosial menyatakan kekesalannya terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional kerana membatalkan Ordinan Darurat.

Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu mempersoalkan tujuan melantik dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa Bebas Darurat sebelum ini yang akhirnya tidak berfungsi sedikitpun di dalam membuat keputusan untuk membatalkan ordinan tersebut.

"Sia sia pelantikan kami JK Bebas Darurat untuk menasihati KDYMM YDP Agong berhubung dengan menamatkan atau meneruskan Darurat jika kabinet boleh buat keputusan membatalkan Darurat tanpa memerlukan YDP Agong." ciappan di akaun twitter Dr Maza.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh Darurat dan Ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Darurat selepas 1 Ogos.


Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa pula sebaliknya menafikan pemabatalan ordinan tersebut dengan mengatakan ianya masih "dalam proses".

"Harus teliti bila membaca atau menyebar berita. Darurat tidak dibatalkan, ia tidak perlu pembatalan.

"Proklamasi 11 Mac 2021 menetapkan tempoh darurat tamat pada 1 Ogos 2021. Tak berbangkit lagi soal pengumuman.

"Yang dalam proses pembatalan ialah ordinan-ordinan darurat," ciap Annuar di Twitter hari ini.

Bagaimanapun kekeliruan pembatalan tersebut disahkan oleh Perdana Menteri dengan menyatakan ianya mengikut undang-undang dan tidak melanggar sebarang perlembagaan.


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan rasa sangat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan tanpa mendapat perkenan baginda.

Percanggahan ini menjadikan negara mengalami krisis perlembagaan selepas beberapa krisis kritikal lain sebelum ini seperti krisis kesihatan, ekonomi dan politik.

Ramai pihak di sebelah kerajaan dan pembangkang tampil mendesak Mahiaddin bertanggungjawab di atas krisis perlembagaan ini dengan meletakkan jawatan selain kegagalan beliau menangani krisis kritikal lain walaupun mempunyai kuasa besar ketika ordinan darurat dikuatkuasakan.

Dr Maza sebelum ini merupakan menyokong perlantikan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri baharu dan menempelak mereka yang menyanggah perlantikan tersebut. – cinca.news






Join our Telegram Channel
Telegram